search
Log In
5 votes
86 views
Apakah jenis analisa yang boleh dilakukan sekiranya RC slab yang telah dibina ditebuk untuk laluan ducting dan di manakah kawasan slab yang paling sesuai untuk dibuat opening?
in Structure 310 points

2 Answers

3 votes

Kaedah yang terbaik adalah opening dirancang lebih awal iaitu semasa peringkat rekabentuk lagi. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan opening perlu dibuat setelah papak dibina. Jika merujuk kepada BS 8110 tiada penjelasan yang jelas yang boleh diambil rujuk berkenaan opening ini. Namun, sekiranya rujuk kepada ACI 381-14 terdapat analisa yang boleh diambil kira dalam penentuan opening ini. Oleh itu, sebagai memudahkan cara saya mencadangkan tuan merujuk terlebih dahulu kepada artikel ini untuk pemahaman sebelum merujuk kepada ACI 381-14 pada link berikut:

https://structurepoint.org/publication/pdf/PCA-Concrete-Floor-Slab-Openings.pdf

Semoga bermanfaat.

6,190 points
0

Terima kasih atas perkongsian Tn @mhafizs

1 vote
Keperluan analisa utk sesuatu bukaan di dalam papak sediada adalah bergantung kepada saiz panel papak, saiz bukaan, beban yang dikenakan dan juga lokasi bukaan tersebut.

Berpandukan kepada pengalaman saya, sekiranya bukaan ini hanya melibatkan pemotongan satu (1) bar reinforcement, ianya masih lagi memadai. Walaubagaimanapun, sekiranya ianya melibatkan pemotongan bar yang banyak, maka analisis perlu dijalankan untuk memastikan stresses di bucu bukaan adalah terkawal. Secara amnya analisis yang boleh dijalankan adalah dengan menggunakan Finite Element. Dengan cara ini, maklumat stresses di setiap bahagian papak dapat dikaji dengan lebih baik.
38,440 points
...