search
Log In
4 votes
60 views
Berdasarkan P.K2.1, tarikh tutup tender sekurang-kurangnya 21 hari dari iklan atau tarikh jual dokumen.

Adakah dibenarkan untuk melanjutkan tarikh tutup tender sekiranya terdapat addendum yang dibuat? Jika boleh, adakah perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga Perolehan sepertimana melanjutkan tempoh SAH Tender?
in Contract Management 18,150 points

1 Answer

5 votes
 
Best answer
Melanjutkan tempoh tutup tender dibenarkan di dalam perolehan. Ini mungkin disebabkan adendum yang yang dikategorikan sebagai pakar yang boleh menyebabkan masa yang panjang diperlukan dalam membuat harga. Selain itu, terdapat tambahan addendum juga boleh menyebabkan tempoh tutup tender dilanjutkan. Sekiranya terjadi, pihak bertanggungjawab perlu memaklumkan kepada semua petender yang terlibat dengan tempoh tutup yang baharu serta melampirkan addendum yang terlibat tanpa perlu kelulusan Lembaga Perolehan. Ini adalah kerana Lembaga Perolehan terlibat sekiranya tempoh 90hari tempoh sah tender perlu dilanjutkan. (Boleh rujuk ke MyProcurement iaitu Soalan Lazim)

Semoga bermanfaat.
6,190 points
selected by
1
Boleh tuan kongsi link berkenaan.. Saya x jumpa maklumat berkenaan di dalam laman web myProcurement
2
0
Terima kasih tuan
...