search
Log In
4 votes
35 views
Aspek Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar tidak begitu dititikberatkan dalam projek seliaan JKR. Mencadangkan agar mewujudkan pasukan Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar (SHE) dalam projek JKR. Pasukan ini perlu mempunyai kompentesi dalam bidang SHE seperti Safety Health Officer (SHO). Pasukan ini dapat memantau perlaksanaan SHE dan memantau tugas dan perlaporan SHO yang dilantik oleh kontraktor bagi projek seliaan JKR.
in Project Management 290 points 2 3 5
0
Sangat setuju supaya diwujudkan. Banyak perkara boleh belajar. Moga akan diwujudkan.

1 Answer

0 votes
Tuan,

Aspek Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar adalah salah aspek yang amat di titik beratkan dalam semua projek JKR terutama bagi projek projek yang bernilai RM20 juta keatas .Ianya telah di gariskan di bawah Sistem Pengurusan Bersepadu SPB di bawah MS ISO 45001:2018 SPKKP dan MS ISO 14001:2015 SPAS.

Dari seawal projek di peringkat Pra Pembinaan, ianya telah di bincangkan dan pihak kontraktor di kehendaki mengemukakan Safety Plan dan Environmental Manangement Plan kepada pihak PP / WPP untuk semakan dan kelulusan dalam tempoh dua minggu selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan.

Segala yang tercatit didalam Dokumen SPlan dan EMP ini di pantau di tapak dan di bentangkan dalam setiap Mesyuarat Teknikal atau Mesyuarat Tapak oleh SHO atau EO yang di lantik oleh pihak kontraktor utama.Auditan auditan juga di jalan di tapak oleh PP / WPP dan juga oleh pihak audit luar ( third party) bagi memastikan semua prosidur / akta adalah di patuhi.

Bagaimanapun. pihak Pengurusan Atasan perlulah memastikan kakitangan di tapak memperolehi latihan yang mencukupi bagi dua dua bidang ini.

Tkasih
2,360 points 3 15 34
...