search
Log In
4 votes
61 views
Berdasarkan PK 3.1 Proses Perolehan Perkhidmatan Perunding secara LTKBS, tempoh lantikan perunding adalah 6-7 minggu.  Adakah tempoh ini relevan? Boleh beri contoh lantikan perunding projek yang berjaya dilantik dalam tempoh tersebut.
in Procurement Management 9,180 points 19 28 82
recategorized by

1 Answer

4 votes

Berdasarkan pengalaman saya di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Proses Perolehan Perkhidmatan Perunding secara Lantikan Terus Beserta Kos Siling (LTBKS) boleh dilaksanakan dalam tempoh tersebut dengan syarat Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) dan Lembaga Perolehan (LP) turut bersidang dalam tempoh tersebut.

230 points 2 5
1

Terima kasih atas perkongsian, Ir @Fareed yes

0
Contoh Projek yang saya lalui iaitu melantik kontraktor penyiap secara Konvesional Perunding, lantikan perunding untuk 5 disiplin memakan masa 4 bulan dan lebih sehingga SST Perunding dikeluarkan. Di antara faktor menyumbang kelewatan adalah

1. Pengiraan yuran perunding perlu di semak semula- samada menggunakan kaedah man month or scale of fee

2. Ketidakcukupan ahli jawatankuasa maka mesyuarat JPP atau LP terpaksa ditunda

3. Ketidakcukupan dokumen untuk dibawa masuk ke mesyuarat jawatankuasa

Apakah JKR mempunyai standard dokumen Term of Reference dan Cadangan Teknikal & Kewangan supaya pelantikan perunding dapat disegerakan?
0
Di tambah dengan kemasukan ke jawatankuasa JPP Cawangan kadang2 sehingga 2 kali juga menyumbang kelewatan pelantikan tersebut.
...