search
Log In
5 votes
60 views
Haruskah kumpulan sokongan yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang khusus dalam sesuatu bidang juga diiktiraf status SME sejajar dengan perkembangan era dan perancangan JKR ke arah membentuk lebih ramai pegawai yang lebih kompeten?
in Human Resource Management 3,320 points 3 8 15

2 Answers

5 votes
Seorang Subject Matter Expert dianggap mempunyai pengetahuan padu, kepakaran dan pengalaman yang tinggi di dalam bidang bidang yang diiktirafkan oleh Jabatan. Ciri ciri utk diiktirafkan sebagai SME adalah begitu komprehensif dan dengan mempunyai kepakaran dan pengalaman sahaja adalah tidak cukup untuk melepasi ciri ciri yang telah ditetapkan.

Namun, saya amat menyokong sekiranya pegawai pegawai ini diberi laluan khas utk kenaikan pangkat ataupun untuk melanjutkan pelajaran oleh Jabatan.

Pegawai yang mepunyai kepakaran dan pengalaman ini adalah merupakan aset Jabatan yang amat berharga.
44,200 points 22 86 209
2 votes
Pendapat saya, pengukuran berdasarkan pengalaman dan tempoh berkhidmat juga merupakan KPI yang sepatutnya diambilkira oleh pihak pengurusan tertinggi kerana sesetengah kakitangan sokongan yang tidak mempunyai kelayakkan akademik tetapi telah berkhidmat dan mempunyai pengalaman juga sebenarnya adalah lebih baik berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik semata-mata tanpa pengalaman.

JKR perlu melangkah ke hadapan dalam mengenalpasti potensi yang ada dalam Jabatan kerana ilmu-ilmu yang telah diperolehi melalui kursus dan juga pengalaman berhadapan semasa tempoh berkhidmat adalah sesuatu yang sangat bernilai cuma mereka tidak mempunyai sijil pengiktirafan akademik dalam bidang tersebut sahaja.

untuk itu, saya merasakan PERLU mengiktiraf mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran ini.
48,890 points 9 18 55
edited by
...