search
Log In
8 votes
163 views
Mengapa penggunaan CPM masih di peringkat yang belum matang di JKR, walaupun ianya telah lama di gunakan sejak awal tahun 1990-an lagi. Apa pendapat anda?
in Time Management 2,430 points 4 15 34
4

Pada pandangan saya, pihak JKR perlu juga mempunyai data based planner yang bertauliah yang telah disahkan kepakarannya untuk diluluskan oleh PP di projek. hal ini sama seperti Auditor RSA yang diakreditasi.

Dalam mengurus projek yang baik, planner adalah sangat penting untuk memantau kemajuan kerja di tapak dan juga menyelesaikan masalah-masalah koordinasi. Jelas didalam dokumen kontrak klausa 19.0 tertulis menjadi tanggungjawab dan tugas kontraktor memantau CPM.

Jadi hanya perlu penambahbaikan yang baik dalam aspek ini yang perlu dilihat dan ditekankan oleh JKR. Pegawai JKR kita di tapak terlalu banyak beban kerja dan tugas-tugas yang kadang2 bukan hakiki yang perlu dilaksanakan. Diharapakan kita faham.

sekadar pandangan sahaja. terima kasih

6 Answers

4 votes
 
Best answer
Puan,

Saya berpandangan ada sedikit kekeliruan dalam konteks penggunaan CPM di JKR yang puan maksudkan. Tidak dinafikan kakitangan JKR telah lama didedahkan dengan penyediaan CPM melalui kursus-kursus melibatkan MS Project. Malah JKR juga pernah mengeluarkan persijilan kepada segelintir pegawai yang telah mengikuti kursus Scheduler anjuran PROKOM dahulu. Dan mereka ini juga terlibat dalam penyediaan garispanduan work program yang digunakan di JKR sekarang. Oleh itu tidak timbul masalah JKR tidak matang dalam CPM.

Akan tetapi yang saya nampak adalah kakitangan yang terlibat dengan projek kurang mahir mentafsir dan menganalisa CPM yang disediakan oleh kontraktor. Antara sebabnya adalah kerana CPM kontraktor terlalu banyak kesilapan sehingga mengelirukan kita yang melihatnya. Sebab lain pula adalah kerana kakitangan JKR di tapak tidak berapa mahir dengan perancangan kerja-kerja pembinaan yang terlibat seperti logik turutan kerja serta durasi masa yang sesuai untuk menyiapkan satu-satu kerja. Sebagai contoh, tempoh masa yang logik bagi mengorek 100m panjang jalan sehingga kedalaman 1.0m dan lebar korekan 5m menggunakan 1 excavator 200 dan 3 lori 6-tayar dengan lokasi dumping area 5km dari tapak.

Kesimpulan dari itu, JKR sememangnya mempunyai kemahiran dalam penyediaan CPM menggunakan perisian tetapi masih kekurangan pegawai yang berkeupayaan menggunakan CPM sepenuhnya dalam pemantauan harian kerja di tapak.
7,040 points 11 35 58
selected by
1
Mungkin tiba masanya JKR mewajibkan setiap kontraktor yang mendapat projek menghadiri kursus CPM ( di anjurkan JKR) bagi memberi kefahaman yang selari dengan kehendak JKR
6 votes
Semua SO mesti mahir dengan CPM. Mengikut auditan, banyak SO kurang mengambil berat terhadap penggunaan CPM dan banyak bergantung kepada Kontraktor walaupun CPM yang dikemukakan tersebut tidak menepati CPM yang sebenarnya.

Budaya CPM dan kepakaran menyediakan CPM mesti ada untuk semua yang terlibat dengan projek

Sekadar pandangan sahaja
27,230 points 72 155 199
6 votes

Berdasarkan pengamatan semasa menjadi urusetia CPM di JKRNS dan pengalaman sebagai kontraktor dalam pembinaan berprestasi tinggi , kenyataan tersebut mungkin boleh dikaji dari beberapa aspek. Perlu diingatkan asas pengurusan projek menyatakan 'projek adalah sesuatu yang unit dan tidak akan sama pada mana atau mana-mana keadaan'. Oleh yang demikian, mempunyai data berkaitan  mungkin boleh membantu tetapi tidak dapat menyelesaikan banyak masalah secara segera. Apa yang penting adalah pemahaman projek itu secara tersendiri dan menyeluruh.

Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman berada dipihak kontraktor, memang wajar Perancangan Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor di mana mereka dapat memaksimakan pengurusan kemajuan kerja berdasarkan kemampuan kewangan/tenaga dan sumber mereka. Cuma (pengalaman kat JKR pula) yang menjadi kekecewaannya ialah bila mereka yang tidak dilengkapi dengan ilmu ini menjadi kontraktor dan mula merancang atas dasar kena hantar untuk kelulusan tanpa memahami keperluan projek dan kemampuan mereka. Contoh bolehkan merancang untuk melaksanakan kerja konkrit pada hari Sabtu? 

Ini penting kerana bila aktiviti kritikal tertinggal, akan menjadi masalah sehingga memerlukan penilaian semula. Ada juga kontraktor yang tidak faham, berhujah bahawa masa penyiapan lambat lagi dan tidak perlu follow workprogram dari awal dan sebagainya. 

Jadi pada pandangan saya, SO dan PTB perlu untuk memahirkan diri untuk memastikan CPM adalah tepat dan mampu dicapai oleh kontraktor dan dapat memantau dengan baik sepanjang proses pembinaan, namun penekanan kepada kontraktor agar benar-benar ikhlas semasa merancang CPM agar tidak menghantar sekadar untuk kelulusan Jawatan Kuasa tanpa memikirkan kemampuan mereka melaksanakan kerja kelak.

Dan saya percaya ianya akan tetap berlaku selagi ungkapan "kini semua orang boleh jadi kontraktor" masih terpahat dikalangan pemain industri ini..  

33,450 points 16 57 146
5 votes
Pada pendapat saya, kesedaran serta pengetahuan mengenai penjadualan projek masih di tahap yang kurang memuaskan kerana penekanan kepada perkara tersebut tidak diberikan di peringkat seawal pegawai melapor diri di JKR. saya melihat garispanduan, spesifikasi serta template piawai WBS juga telah disediakan oleh PROKOM JKR satu masa dulu. Namun ianya seakan tidak diteruskan dari segi promosi dan juga hebahan kepada semua pegawai. Saya berpendapat mungkin perlu ada satu mekanisma bagi memastikan knowledge2 asas untuk berkhidmat di JKR ini perlu disampaikan kepada semua pegawai.

Sekadar pandangan untuk melihat penjadualan projek di JKR lebih terbilang.
250 points 1 5
5 votes
Penggunaan CPM hanya akan menjadi matang sekiranya setiap SO ataupun kontraktor menggunakan CPM sebagai salah satu 'tool' untuk membantu di dalam pengurusan projek mereka.  CPM sebagaimana yang kita maklum adalah satu 'tool' yang amat berguna di dalam pengawalan human resource, masa dan kewangan di dalam pelaksanaan projek. Dalam lawatan saya ke projek-projek besar yang dilaksanakan oleh pihak swasta, CPM diguna dengan meluas bagi tujuan monitoring dan control.

Di kebanyakan pejabat JKR penggunaan CPM adalah hanya atas keperluan kontrak dan biasanya agak pasif dan tidak digunakan utk keputusan pelaksanaan.

Pengenalan CPM di JKR telah lama dan sepatutnya sudah sampai ke tahap matang.
45,490 points 22 91 219
3 votes
Program Kerja jika tiada inisiatif dari diri sendiri  untuk memahirkan menggunakan tools ini sepenuhnya dari pegawai tapak bina walaupun sudah diadakan dan telah disediakan oleh pusat latihan atau jabatan tersebut  tetapi dengan sikap seseorang yang tidak mahu tahu dan ambil tahu kepentingan penggunaan tool program kerja, sampai bila-bila work program masih di tahap seperti puan nyatakan persoalan tersebut. Bukan mudah nak paksa orang belajar sesuatu perkara yang mereka tidak minat dan biasa. Tetapi bila minat  jaga projek mahu namun pengetahuan berkenaan work program tidak mahu. Walau apa pun ia adalah inisiatif diri masing-masing hendak atau tidak untuk memahirkan diri dalam penggunaan tool work program tersebut sepenuhnya.
1,830 points 3 7 18
...