search
Log In
8 votes
96 views

Kesan daripada peruntukan tidak mencukupi daripada pihak stakeholder

in Stakeholders Management 4,300 points 8 50 63

2 Answers

2 votes
Biasanya urusan pegambilan balik tanah adalah urusan pihak kementerian pelanggan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu baru seperti bayaran pampasan tanah kepada pemilik tanah dan mengeluarkan setinggan dari tapak projek juga pengesahan status borang K sebelum diserahkan kepada JKR untuk urusan pelaksanaan projek melainkan projek-projek yang terlibat dengan Cawangan Jalan.

Bagi projek jalan peluang telah diberikan semasa pejabat tanah menjalan urusan bicara tanah untuk pihak tuan tanah merayu dari segi kos pengambilan balik tanah. Sekiranya tidak berpuashati dengan keputusan bicara tanah tuan tanah boleh membawa kes ke mahkamah. Mahkamah akan memberikan pertimbangan yang wajar dan keputusan biasanya agak memihak kepada tuan tanah. Dalam hal ini JKR hanya dapat membantu tuan tanah yang tidak berpuashati untuk membawa kes mereka kepada Kementerian Kerja Raya walaupun dengan tidak memberikan sebarang harapan di samping menasihati tuan tanah supaya membawa kes mereka ke mahkamah.
42,490 points 27 106 201
3 votes

Salam,

JKR perlu menasihati tuan tanah supaya menyuarakan ke  tidak puasan hati mereka semasa perbicaraan tanah di lakukan.

Dari pengalaman saya yang menghadiri perbicaraan tanah, lazimnya nilai tanah adalah berpandukan kepada harga semasa yang terdapat di persekitaran. Tuan tanah akan memohon harga yang tinggi namun perlu dibuktikan dengan harga  semasa di persekitaran. Sekiranya ada jual beli tanah recently, boleh dikemukakan sebagai bukti.

 

(اللهمّ يسر و لا تعسر)

cool

 

 

14,870 points 12 50 137
0
Pemilik  tanah semasa perbicaraan tanah boleh mengambil tindakan seperti berikut:

1. Terima bayaran pampasan dengan tanpa bantahan;

2. Terima bayaran pampasan dengan bantahan; dan

3. Tiidak terima bayaran pampasan dengan bantahan.

(nota : 1.Bantahan boleh dibuat dimahkamah ,2. Kos bayaran pampasan berdasarkan penilaian oleh Jabatan Penilaian   & Perkhidmatan Harta - Penilaian meliputi Nilai tanah, kos rumah ,sewaan rumah jika perlu bina rumah baru ,penyewa dll  3. Nilaian yang dibuat JPPP adalah baik  )
...