search
Log In
7 votes
41 views
in Stakeholders Management 4,440 points 6 12 29

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Sebelum sesuatu projek dilaksanakan kelulusan daripada agensi pusat iaitu EPU adalah perlu sebelum disahkan oleh Parlimen. Salah satu keperluan yang perlu dilalui untuk sesuatu projek diluluskan ialah projek tersebut perlu mematuhi Jawatankuasa Standard atau  dan Kos. Apabila projek diluluskan dengan siling kosnya, barulah projek tersebut boleh dimulakan bermula fasa perancangan, rekabentuk, perolehan dan seterusnya pembinaan.

Soalannya apakah impak kepada JKR sekiranya JKR gagal mematuhi piawaian yang yang disyaratkan oleh EPU? Dalam mengurus atau mentadbir sesuatu projek pembinaan yang begitu kompleks, tidak dapat tidak banyak risiko, keputusan di peringkat perancangan awal dan masalah akan  melanda semasa mengurus sesuatu projek. Oleh itu menjadi kewajipan kepada pegawai atau individu berkenaan perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang Pengurusan Projek atau Project Management serta berpengalaman luas dalam bidang yang serupa.

Yang menjadi isu, setiap Pengurus Projek (PP) perlu tahu di manakah peranan dan tanggungjawab mereka apabila mendapati sesuatu keputusan perlu dibuat bila melibatkan pematuhan JK Standard dan Kos yang ditetapkan EPU. Sejajar dengan Pelan Strategik JKR 2012 - 2015 untuk menjadi organisasi terbilang dalam Pengurusan Projek, PP perlu bijak dan berani dalam mengurus sesuatu kehendak tambahan  pelanggan yang menasabah dan praktikal tanpa mengkompromikan dengan kehendak EPU. Jika permohonan pelanggan tersebut munasabah dari segi fungsinya, timing dan praktikal, adalah  menjadi tanggungjawab JKR untuk mendapat persetujuan pihak EPU terlebih dahulu sebelum kerja-kerja tersebut dibuat. Ini bertujuan untuk mengelak daripada impak negatif terhadap JKR jika kerja-kerja tambahan tersebut dilakukan tanpa mendapat  endosmen daripada EPU terlebih dahulu terutama dalam aspek pematuhan paiawaian standard dan kos.
620 points 4
selected by
...