search
Log In
11 votes
138 views
Pengurusan Aset dan fasiliti adalah satu bidang baru di JKR dan kefahaman dikalangan kakitangan JKR masih ditahap minimum, walaupun peranan JKR besar (sebagai Pengurus Aset/Pemilik Aset). Setiap kali apabila latihan dan seminar mengenai pengurusan aset dan fasiliti dianjurkan, kehadiran tidak memuaskan.
in Assets & Facilities Management 4,460 points 5 22 35

5 Answers

3 votes
memandangkan aset dan fasiliti merupakan bidang baru di JKR, promosi awareness dan kepentingan pengurusan aset perlu dilaksanakan secara besar-besaran dan perlu dikenalpasti keberkesanannya. mungkin kehadiran yang tidak memuaskan terhadap latihan dan seminar yang dilaksanakan adalah kerana:-

(1) Tiada kesedaran dari individu berkenaan (2) Tiada penekanan dan arahan dari Pengarah sendiri (pengarah pun tidak buy-in) (3) terlalu sibuk dengan kerja dan hadir kursus2 lain (bukan bahagian fasiliti aset sahaja yang giat melaksanakan kursus dan latihan, bahagian2 lain juga banyak melaksanakan kursus)

Walaubagaimanapun, sesuatu perkara baru perlukan kesabaran. this is change management....

sebagai contoh, SPK JKR yang telah 14 tahun dilaksanakan di JKR. Pada permulaannya kesedaran dan pelaksanaan sangat perlahan tetapi sedikit demi sedikit telah ada perubahan sehingga sekarang telah beberapa kali mendapat persijilan dari SIRIM. Teruskan usaha... selamat maju jaya :)
3,040 points 6 13 24
0

Sejak Pengurusan Aset Kerajaan /Menyeluruh diperkenalkan di sektor awam pada 2007 semasa NAFAM 2007, kakitangan daripada Kementerian dan agensi lebih reseptif berbanding JKR. Jika JKR masih memerlukan 10 tahun lagi untuk menerima dan menggunapakai pengurusan aset ini, kemungkinan besar peranan JKR sebagai pengurus aset akan diambil alih oleh Kementerian/agensi sendiri seperti mana peranan JK R sebagai pengurus projek diambil alih oleh Kementerian/PMC (regardless claims by JKR that we are better off managing project than them).

Secara jujurnya minat mereka didalam bidang ini sangat menggalakkan dan pengetahuan mereka juga telah bertambah berkali ganda sejak mereka mula menggunakan pengurusan aset di dalam mendaftar aset mereka. Kesungguhan mereka tampak lebih serius dengan langkah kerajaan menguatkuasakan perakaunan akruan pada 2015 nanti. Semoga JKR lebih maju jaya di masa hadapan crying

4 votes

Mungkin salah satu faktor adalah mind set dikalangan pegawai-pegawai profesional JKR merasakan bahawa core business jabatan hanya tertumpu kepada pelaksanaan projek baru yang melibatkan aktiviti design dan construction. Begitu juga fokus pengurusan atasan JKR juga agak sepi terhadap akativiti pengurusan dan penyenggaraan aset. Sebab itu kita  dapati tahap kualiti penyenggaraan aset, samada bangunan atau jalan dibawah JKR sendiri agak lemah.

 

Kita perlu tukar pradigma lama JKR supaya menjadikan perkhidmatan PENGURUSAN ASET juga satu profesion yang penting dan glamour seperti Project Management dan Consultation Services. Pengurus Aset juga mengawal operasi aset infrastruktur yang bernilai tinggi dan  melibatkan kos aktivitinya yang bernilai jutaan ringgit serta melibatkan kontraktor-kontraktor yang ramai sebagaimana pengurus projek atau perunding kejuruteraan yang lain.  

 

Marilah kita sama-sama meneroka kompetensi dan kepakaran dalam bidang pengurusan aset agar JKR akan benar-benar menjulang kecemerlangan dalam bidang ini pada suatu hari kelak. smiley

6,520 points 20 53 80
5 votes

Clearly state what is changing and why. Show employees where you are today and where you intend to be tomorrow. Make sure you show them why this matters to the organization, how it will positively impact their careers and how you plan to measure success.

Read more: http://www.entrepreneur.com/article/227920#ixzz2lIHt4eAV

6,150 points 6 17 33
3 votes
Bagi pengamatan saya bahawa kursus lain juga mengalami nasib yang sama dimana sambutan kehadiran adalah kurang memberangsangkan. Saya pun tidak tahu dimana silapnya.

Oleh itu adalah dipohon sekiranya pihak-pihak  yang mengendalikan dapat memberikan sesuatu pendapat, resolusi atau konklusi mengapa perkara ini kerap terjadi walhal kita telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk lojing dan penginapan juga perjalanan bagi menganjurkan kursus yang seumpama itu apa tah lagi jika sekira ianya dibuat jauh dari stesyen dan kadangkala menyeberangi lautan dan menaiki atau mendaki gunung-ganang dan bukit bukau.
42,490 points 27 106 201
2 votes
JKR kena mengamalkan like what yg di amalkan di Bank Negara.

iaitu kalau tak datang kursus atau seminar yg mana nama telah dihantar, maka perlu bayar certain amount of denda. RM200, RM300 maybe. In Bank Negara it works.

Maybe ramai yg akan marah dengan statement saya ni.

But then its either or. There's no in between.

kalau nak perubahan kita kena do something. but if we are happy dengan apa yang berlaku sekarang,

then dun worry, be happy..........let's go surfing, surfing USA.......by leif garret
14,870 points 12 50 137
...