search
Log In
11 votes
172 views
in Human Resource Management 4,310 points 6 14 26

3 Answers

5 votes
Pegawai yang lebih junior naik pangkat lebih awal berlaku mungkin diambilkira dari aspeks tahap kompetensi/kepakaran, keupayaan/ produktiviti, akauntabiliti/ integriti dan berdaya maju dalam delivery sesuatu bidang melebihi pegawai yang lebih senior.
6,520 points 20 53 80
0
Terdapat naik pangkat mengikut disiplin. Yang mendukacitakan apabila pegawai yang junior ini mengisi kekosongan "open post'. Terjadilah dimana junior menjadi ketua kepada senior yang mana senior ini lebih 'exposed' . Terjadi kepada SBU.
0
Pemberian markah LNPT yg tak sama ..ada pengarah yg kedekut markah..ada yg berhati mulia dan memberi markah tinggi.
5 votes
Saya pernah mengalami perkara ini secara peribadi di mana ramai pegawai yang lebih junior daripada saya telah melangkau saya dalam proses kenaikan pangkat yang dilaksanakan. Pada masa itu, pegawai yang memasuki perkhidmatan untuk satu tempoh (contoh 1985-1990) telah diletakkan dalam satu group yang diberi peluang yang sama utk dinaikkan pangkat. Maksudnya seniority tidak diambilkira. Saya difahamkan pemilihan hanya berasaskan markah prestasi. Mungkin ini adalah salah satu penyebab kepada perkara di atas.
2,220 points 2 10 23
4 votes
Kenaikan pangkat junior lebih tinggi dari senior ni perlu juga di lihat dari segi succession plan.

Sebagaimana Tuan/Puan sedia maklum dalam ucaptama mantan Menteri Kerja Dato Seri Shaziman Mansor semasa di SOC Langkawi dulu, beliau mempertikaikan kenapa JKR tidak melihat secara serious succession plan ini.

Masaalah kita di JKR ini one of them ialah apabila  dalam satu satu tahun tu batchnya ramai sangat. One of the reason adalah kerana operasi isi penuh. At that time, untuk satu satu tahun tu kemasukkan nya adalah beratus.

Jika succession plan tidak dibuat, maknanya jika tidak diselitkan a few junior dalam senior team, what will happen is that apabila group senior tu pencen then all of a sudden junior yg mengantikannya akan tiba tiba menjadi Pengarah, maybe Tim Ketua Pengarah or maybe Ketua Pengarah sendiri.

Dulu junior ni hanya menjadi ahli dalam mesyuarat mesyuarat tapak. Tetapi disebabkan generation gap di mana succession tidak di rancang awal, hari ini senior  senior pencen, tomorrow junior yg di lantik menjadi Ketua perlu attend meeting dengan KSN, Timb Menteri atau Perdana Menteri silap silap, kena chair pulak meeting attended by dato seri KSU dsbnya.

Therefore succession plan yg mana melibatkan junior TERPAKSA di mingle kan dengan senior perlu ada.

Cumanya perlu di rancang awal serta rapi dan jangan lah ketara sangat. If not this will demotivate the seniors.
14,870 points 12 50 137
...