search
Log In

Questions by KHAIRUL AMIRUL

8 votes
2 answers 35 views
Sedia maklum, terdapat JKR Negeri kurang melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di negeri masing-masing. Apakah program yang sesuai dijalankan CSR oleh JKR Negeri? Adakah pelaksanaan kerja secara jabatan boleh dianggap salah satu program CSR JKR?
asked Jul 20, 2019 in Stakeholders Management
18 votes
1 answer 61 views
Adakah di peringkat pengurusan atasan membincangkan keperluan mengwujudkan perjawatan Penolong Jurutera Awam JA38 (persekutuan) di setiap Ibu Pejabat JKR Negeri? Tidak dinafikan kepentingan Jurutera Awam J41 dalam membantu mentadbir perjalanan aktiviti organisasi, namun ... Jurutera Awam JA38 diakui mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kejuruteraan dan lebih lama dalam perkhidmatan awam.
asked Oct 6, 2018 in Human Resource Management
10 votes
1 answer 33 views
14 votes
3 answers 80 views
Sedia maklum, pelaksanaan pusingan tugas perlu mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 (Panduan Pengurusan Pejabat). Apakah bidang atau tugas kritikal yang wajib dibuat pusingan kerja supaya dilihat mematuhi integriti?
asked Jul 18, 2018 in Human Resource Management
15 votes
1 answer 28 views
Sedia maklum, ujian pencahayaan dalam bangunan dilaksanakan oleh JKR Elektrik. Apakah kepentingan ujian pencahayaan tersebut? Berapa kali ujian pencahayaan perlu dilaksanakan? Adakah ujian tersebut berkaitan dengan inspektorat DOSH? Mohon pencerahan...
asked May 27, 2018 in Assets & Facilities Management
11 votes
1 answer 33 views
Sedia maklum, JKR menerima pelajar dari IPTA dan IPTS untuk menjalankan latihan industri di JKR. Kebanyakkan pelajar yang diterima adalah dari bidang kejuruteraan awam. Apakah skop yang perlu ditekankan oleh Pegawai Pembangunan Dan Kompetensi Latihan (PPKL) ... apa perlu dilakukan supaya dapat membantu organisasi JKR dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan rakyat amnya...
asked Apr 14, 2018 in Project Management
16 votes
3 answers 46 views
Pada pandangan saya, terdapat banyak kesukaran dalam pelaksanaan EKSA sekiranya tidak dapat sokongan dari rakan sekerja dan ketua jabatan amnya. Kebanyakan penceramah EKSA akan mencadangkan bagi agensi yg pertama kali ingin memulakan pelaksanaan EKSA ini perlu ... pelaksanaan EKSA berterusan di organisasi tersebut sehingga berjaya mendapat pensijilan EKSA oleh MAMPU? #Jom pakat-pakat buat EKSA
asked Apr 11, 2018 in Stakeholders Management
12 votes
1 answer 63 views
Tugas apakah yang perlu dilaksanakan oleh Pembantu Kemahiran H19/22 supaya layak menuntut elaun kritikal 10%?
asked Apr 1, 2018 in Human Resource Management
13 votes
1 answer 59 views
Setiap pejabat JKR Daerah mempunyai sekurang2nya seorang Pegawai Aduan yang bertanggungjawab menyelaras aduan yang diterima termasuk aduan di luar bidang kuasa JKR. Wajarkah Penolong Jurutera Awam JA29 yang dilantik sebagai Pegawai Aduan diberi kemudahan telefon ... ditanggung oleh Kerajaan? Untuk makluman, hanya seorang Penyelaras Aduan JKR Negeri diberi kemudahan sedemikian. Bincangkan...
asked Apr 1, 2018 in Stakeholders Management
10 votes
0 answers 8 views
Sedia maklum, terdapat beberapa JKR Daerah mempunyai kekurangan pemandu kenderaan yang memiliki lesen E dan H. Adakah usaha jabatan untuk menganjurkan program bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meningkatkan KOMPETENSI pemandu kenderaan di peringkat JKR Daerah? Jika tiada ... Persekutuan (perlu guna lori JKR) 3) Operasi Bencana (Tanah runtuh) - perlu guna lori JKR dan backhoe JKR
asked Dec 24, 2017 in Human Resource Management
8 votes
0 answers 37 views
Sedia maklum, Kuarters Kementerian Kerja Raya (KKR) terdapat hampir di seluruh Malaysia yang diuruskan oleh JKR Daerah mengikut daerah tertentu. Bagaimanakah pengurusan kuarters di JKR Daerah dapat menguruskan dengan cekap dan hubungan kerjasama di antara ... ? Keperluan pegawai pentadbiran (skim [email protected]) bukan kalangan pegawai teknikal untuk mengakses maklumat sistem mySPATA? Bincangkan...
asked Dec 2, 2017 in Fixed Asset (Tak Alih)
14 votes
1 answer 69 views
Sedia maklum, pembangunan modal insan di kalangan pegawai sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa. Jika pembangunan modal insan boleh diukur dengan angka: Berapa ramai pegawai JKR menyambung pelajaran di peringkat Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah? Berapa ramai pegawai JKR ... , Sr, Ar? Berapa ramai pegawai JKR diiktiraf sebagai Professional Engineer (P.Eng) dan Member of IEM (MIEM)?
asked Jun 21, 2017 in Human Resource Management
11 votes
2 answers 29 views
Sedia maklum, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah merupakan salah satu mesyuarat penting peringkat daerah yang dipengerusikan sendiri oleh Pegawai Daerah (DO). Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada ADUN, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, penghulu-penghulu ... projek kerajaan negeri dan persekutuan di daerah. Apakah peranan JKR dalam meningkatkan imej jabatan dalam platform ini?
asked Jun 18, 2017 in Stakeholders Management
13 votes
1 answer 35 views
Pada pemerhatian saya, terdapat beberapa bangunan lama kerajaan yang digunakan kurang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Sedia maklum, setiap jabatan telah mempunyai Jawatankuasa Perlindungan Keselamatan Jabatan yang memastikan ciri-ciri keselamatan sentiasa ditingkatkan ... masih belum memenuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan . Bincangkan...
asked Jun 13, 2017 in Fixed Asset (Tak Alih)
12 votes
1 answer 36 views
Contohnya..bangunan baru JKR yang telah siap dibina tetapi tidak mempunyai fasiliti parkir berbumbung. Soalannya adakah jabatan berkenaan boleh membina sendiri parkir berbumbung selepas mendapat persetujuan bersama dalam mesyuarat jabatan berkenaan atau perlu mendapatkan nasihat/kelulusan pakar di JKR HQ sebelum membina parkir berbumbung di jabatan berkenaan?
asked Jun 11, 2017 in Structure
15 votes
1 answer 38 views
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sedia maklum, pihak CIDB telah mewajibkan semua pekerja kontraktor dan pegawai JKR memiliki Kad Hijau CIDB dan memastikan Kad Hijau CIDB tersebut masih belum tarikh luput apabila memasuki tapak bina. Walaubagaimanapun, masih terdapat ... tamat tempoh/luput. Siapakah pegawai yang memeriksa kad hijau CIDB di tapak bina atau ia dibawah tanggungjawab pihak CIDB?
asked Jun 4, 2017 in Project Management
11 votes
0 answers 35 views
Salam 1 Malaysia, Secara umumnya, apabila projek tender yang akan dilaksanakan di JKR Daerah, waran perjawatan bagi penempatan Penolong Jurutera Awam Gred JA29 (Persekutuan) akan dibuat seiring dengan surat setuju terima projek tender tersebut tetapi bagi ... interim, bayaran sebutharga , bayaran wjp dan sebagainya Diharap perkara ini mendapat pertimbangan pihak yang berkenaan dengan sewajarnya.
asked Jun 4, 2017 in Human Resource Management
...