search
Log In

Wall for brahim

Please log in or register to post on this wall.
Amalan menentukan jumlah hari projek awal/lewat berbanding jadual dengan mendarabkan peratusan awal/lewat dengan tempoh kontrak perlu disemak semula.  Cara pengiraan tersebut adalah tidak tepat kerana formula tersebut adalah untuk linear relationship, sedangkan perancangan kemajuan projek adalah menggunakan S-Curve.

Jika terdapat laporan yang menyatakan projek awal 6 bulan dan sebagainya, perlu disemak bagaimana angka tersebut diperolehi. Jika diperolehi melalui formula linear, jumlah hari awal/lewat perlu dianalisis semula samada menggunakan formula untuk S-Curve atau pun menggunakan CPM. Jika tidak dilaksana, adalah dikhuatiri projek akan didapati lewat apabila tempoh kontrak hampir tamat. Pada waktu itu tidak banyak yang boleh dilakukan untuk memulihkan kemajuan projek.
Jan 4, 2019 brahim 3 20
...