Seminar KConnect 2017 di Sasana Kijang, Bank Negara

Seminar KConnect 2017 yang bertemakan Knowledge Sharing & Learning For Continuous Improvement telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2017 bertempat di Conference Hall 1, Sasana Kijang, Bank Negara. Seminar sehari ini merupakan jalinan usahasama di antara Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Knowledge Connection Sdn. Bhd. (KCSB).

Program yang dihadiri oleh seramai 260 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil daripada 108 agensi Kerajaan, badan berkanun dan swasta telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS), Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerja Raya serta Knowledge Managers dari JKR Cawangan dan Negeri.

Majlis di sebelah pagi dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs. Sr. Roznita binti Othman, Pengarah Kejuruteraan, Pejabat KM (KMO), Jabatan Kerja Raya. Seminar ini kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas kerja yang dikendalikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zaiton binti Osman, Perunding Principal KCSB sebagai moderator. Kertas kerja pertama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bertajuk Managing Knowledge to Improve Public Service Delivery manakala kertas kerja kedua telah disampaikan oleh Prof. Dr. Vincent Ribiere, Pengasas Institute for Knowledge and Innovation Southeast Asia (IKI – SEA), Bangkok University yang bertajuk Driving Innovation with Communities of Practice.

Sesi seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) yang mewakili Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada jam 12.00 tengahari. Di sebelah petang pula, peserta berpeluang untuk berinteraksi sesama sendiri dengan lebih dekat melalui sesi Open Space Technology (OST) yang dikendalikan oleh lapan (8) fasilitator yang merangkumi isu-isu berikut:-

1) Strategies to achieve continuous learning and improvement

2) Ideas to encourage employees to share what they know

3) Ideas for limited budget KM initiatives which can be implementes within three (3) months

4) Qualities of a Knowledge Manager

5) Ideas on how to get support and commitment from top management on KM

6) How do we link KM to Innovation?

7) How to sustain KM after you have implemented in your organisation?

8) KM success measures in the Public Sector context

Hasil OST telah dirumuskan dan dua (2) orang peserta telah dijemput untuk membentangkan dua topik OST.

Sepanjang seminar berlansung, pameran poster turut diadakan di bahagian luar Bilik persidangan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai Pengurusan Pengetahuan serta inisitatif Pengurusan Pengetahuan yang telah dijalankan oleh organisasi dan agensi kerajaan dan swasta termasuk JKR, UIAM, KCSB, MIDA dan Praksis Sdn. Bhd.

Seminar ini diakhiri dengan sesi rumusan dan penutup yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Adalah diharapkan seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam memupuk semangat perkongsian pengetahuan untuk memastikan prestasi organisasi masing-masing terus meningkat.

Terkini @ 21 Mei 2017:

  1. Newsletter KConnect 2017
  2. Sesi Q & A
  3. Kertas Kerja Seminar
  4. Video Seminar KConnect 2017

[Sumber Berita: Laman Web JKR Malaysia]