search
Log In
13 votes
98 views
in Human Resource Management 4,480 points 6 23 35

3 Answers

11 votes
Nilai JKR ialah KEPAKARAN DALAM INDUSTRI AEC-FM. Cuba cari syarikat di Negara ini yang ada terlibat dengan semua bidang  daripada Arkitek, Jurutera, QS, PM, FM. JKR telah lama berkhidmat kepada rakyat dan telah banyak menyediakan Infrastruktur kepada Rakyat. I bangga menjadi staf JKR dan bertugas di JKR. Yang penting JKR perlu berani menerokai teknologi baru..... BIM?????, IPD????, FM?????,... towards Intelligent Infrastructure .
27,610 points 73 158 200
0
nak survive JKR perlu menerokai teknologi baru seperti BIM
6 votes

Jika JKR ingin berjaya dan dilihat hebat,cemerlang, setiap warga JKR perlu menerapkan satu nilai bersama (shared value)  yang menjadi fokus semua. Tuan/puan boleh cadangkan apa-apa falsafah yang JKR perlu hayati.

 

Sebagai contoh nilai bersama yang boleh ditimbangkan:  

"JKR menjulang kualiti dan menggalas akauntabiliti"

 

"Menjulang Kualiti" bermaksudnya: Setiap warga JKR hendaklah berusaha dan komited menghasilkan setiap hasil kerja/ produk yang berkualiti menepati standards yang terbaik dan keperluan yang mengembirakan pelanggan. kita tidak boleh bekerja secara sambil lewa, lebih kurang atau secara 'cincai' saja. kita sesekali  jangan berkompromi dengan produk yang tidak berkualiti, tidak selamat, sub-standards atau shoddy works. Kualiti/ Quality (Q) boleh dicapai melalui penghayatan amalan terbaik ( best practices), kompetensi, profesionalisme, integriti, pengiktirafan kepakaran dan hasil inovasi (R&D). Kita perlu menghargai setiap warga JKR yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kualiti dan delivery JKR. Jangan pinggirkan mereka yang miliki kepakaran dan kecemerlangan kerja. Pengurusan JKR juga perlu meletakkan "nilai kualiti" yang tinggi dalam setiap urusan dan keputusan.

 

Manakala "Menggalas Akauntabiliti" pula adalah sikap kebertanggungjawaban setiap warga JKR dalam setiap urusan dan produk yang gagal atau tidak mencapai kualiti yang ditetapkan, serta bersedia untuk menerima nasihat, teguran atau kritikan untuk penambahbaikan demi mencapai dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita perlu amanah, jujur, telus dan berintegriti serta memelihara kemuliaan profesionalisme dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Kita perlu tegas (consistent) dan terbuka dalam menerima sebarang cabaran dan dugaan semasa menjalankan tugas. Sikap oppurtunis dan bermuka-muka (mockery) sewajarnya dijauhi. Kita jangan mudah menyalahkan orang lain bila berlaku kegagalan, yang penting kita jadikan iktibar (lessons learnt) untuk membaiki kesilapan diri dan meningkatkan prestasi.

 

Dengan ini kita akan memupuk budaya kualiti cemerlang dan semangat akauntabiliti yang tinggi dikalangan warga JKR serta akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap komitmen JKR dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Insya Allah.

6,610 points 22 55 80
edited by
2 votes
Sebagai seorang Islam, kita patut menilai kerja kita sebagai ibadah kepada Allah SWT & punca mencari rezeki yang halal. Dengan ini kerja akan di laksana dengan penuh ikhlas,komitmen & dedikasi untuk mendapat pahala/rezeki halal... Perbuatan2 yang keji seperti rasuah & penyalahgunaan kuasa mesti dielak kerana  takut berdosa besar.( bukan takut SPRM)....Sekadar buat tazkirah untuk kita semua...
23,840 points 32 79 152
...