search
Log In
13 votes
266 views
in Human Resource Management 4,310 points 6 14 26

4 Answers

4 votes
Keberkesanan diukur  dari segi  kuantitatif berdasarkan soal selidik  analisa kajian impak untuk program pementoran  2012. Kesemua  mentor menti  menyatakan mereka telah dapat meningkatkan Kompetensi  professional,  Kompetensi budaya , kompetensi sosial dan Kompetensi peribadi.
7,240 points 9 29 47
edited by
4 votes

Program mentor mentee JKR ini nampak berkala saja, ketika-ketika tertentu dan terlalu formal.

Mungkin ianya perlu dilihat sebagai "amalan budaya ilmu" secara berterusan dan kesungguhan mentee untuk menjadi kompeten/pakar, antara langkah2nya :

  • mentee perlu tunjuk sikap usaha mencari ilmu dari mentor.
  • cari peluang yg sesuai, dampingi mentor secara kerap dan santai.
  • berbual isu bidang kepakaran yang dimiliki oleh mentor.
  • fahami betul2 apa yang disampaikan oleh mentor.
  • bawa buku log sepanjang masa dan rekod setiap pelajaran dan fakta baru yg disampaikan oleh mentor.
  • jika perlu minta mentor initial buku log anda ............................ 
6,610 points 22 55 80
4 votes
Pada pendapat saya, kejayaan program mentor-mentee sangat bergantung kepada keikhlasan dan keinginan kedua-dua pihak utk melaluinya. Di pihak mentee perlu betul-betul ingin untuk mendapatkan kepakaran yang dimiliki oleh mentor. Begitu juga sebaliknya, mentor pun perlu berhasrat untuk membangunkan kematangan menteenya.

Kedua-dua perlu menghormati antara satu sama lain dan bukan kerana terpaksa.
2,240 points 2 11 23
2 votes
Mungkin bergantung kepada pasangan masing-masing. Selaku antara yang terlibat dan menjadi mentee, dirasakan program ini amat memberi pengetahuan terutama yang bercorak perkongsian ilmu yang berasaskan teknikal dan kemahiran kerjaya. Penekanan terhadap peningkatan interpersonal mungkin agak sukar dicapai memandangkan kelainan latar belakang mentor dan mentee.
34,630 points 18 61 148
...