Pada pendapat saya, pihak jkr dan kontraktor memainkan peranan yang penting bagi menjayakan sesuatu projek.Kita juga harus tengok dari perspektif peranan hopt, hodt, so dan wakil so. Kadang-kadang kita dapati banyak masalah "communication breakdown" antara pihak ini juga menyumbang kepada kelewatan. Banyak jkr boleh bantu antaranya: 1. Percepatkan interim payment. Payment kepada kontraktor boleh dibayar dengan minima 1000.00. Ini kadang-kadang terikut-ikut dengan amalan mahupun tunggu ratus- ratus ribu baru nak bayar. Kita mesti tukar mentaliti kakitangan sokongan kita yang membantu menguruskan bayaran. 2.Jkr mestilah tegas dalam menguruskan kontrak berdasarkan klausa kontrak. 3. SO dan wakil so yang menguruskan projek tidak boleh serah bulat- bulat kepada kumpulan sokongan untuk membuat keputusan terutamanya dari segi kualiti, kos dan masa. Penentuan Vo ditapak tidak boleh diserahkan kepada kumpulan sokongan buat keputusan. 2. So/wakil so perlu perlu memastikan tidak berlakunya unsur2 yang tidak sihat dari segi integriti kerana bila berlaku perkara ini akan menyebabkan so/wakil so akan jadi tidak tegas dalam soal kualiti, lanjutan masa dan vo. Harap maaf sekiranya pandangan /persepsi saya ini sekiranya tersinggung sesiapa yang menggunakan laman j cop.