Tuan,
Dalam kes ini, ianya memerlukan mereka yang betul-betul pakar dalam bidang Geoteknik untuk membuat judgement. Walaubagaimanapun suka saya beri sedikit pengetahuan yang ada.
Untuk makluman, tujuan Sonic Logging Test ialah untuk menentukan consistency of concrete. Ianya untuk mengetahui berlaku necking atau tidak kepada borepile tersebut. Result yang ditunjukkan kalau tak salah saya cuma dalam bentuk wave.
Dalam kes tuan, ujian sonic logging tidak menunjukkan keseragaman manakala MLT adalah OK. Pada pendapat saya, jika MLT telah lulus maka tiada masalah dengan borepile ini kerana the most important ialah MLT.
Walaubagaimanapun, result Sonic Logging Test juga perlu diteliti samada ianya menunjukkan berlaku necking yang kritikal atau tidak pada borepile tersebut. Bagi saya tuan boleh merujuk result Sonic Logging Test kepada Dr HM Aziz kerana Dr HM Aziz pakar dalam bidang ini.
Pada pendapat saya juga, Sonic Logging Test ini sesuai untuk diameter yang besar. Dalam kes tuan, diameter borepile tidak dinyatakan.
Sekian, terimakasih.