Ini adalah masalah yang berlarutan dihadapi oleh so dan wakil so semasa penyeliaan projek bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh dan tarikh siap yang dijanjikan. Kadang-kadang kontraktor ada masukkan maklumat resources di dalam program tetapi actual di tapak tidak berlaku. Kadang-kadang langsung tidak masuk pun wakil so/so tak kisah pun ada,, sebab tak kisah sangat dengan CPM... setakat ada untuk audit/naziran.
Badan yang mengawal pendaftaran kontraktor juga perlu melihat kepada masalah ini. Bagi memastikan kontraktor yang hendak masuk tender JKR mesti telah ditapis betul2 dan genuine yang telah comptence dalam MS project dan mempraktikannya di tapak bukan setakat bagi ada program untuk tunjuk kepada audit/naziran.
Satu kerjasama dan persefahaman diantara JKR, MOF, CIDB, MOF, KKR (CPU) perlu dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan ini. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Agensi ini perlu duduk semeja berbincang bagi membuat prosedur, peraturan dan garispanduan bagi memastikan industri pembinaan Malaysia berdaya saing diperingkat global.