search
Log In
9 votes
127 views
in Project Management 2,740 points 3 14 39

5 Answers

7 votes
Berbeza dengan kontrak tradisional, Relational Contract mengutamakan hubungan partnership semua stakeholders melibatkan pelanggan, kontraktor, perunding dan berbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek (non-adverserial). Di peringkat awal projek, semua pihak membuat akujanji untuk melaksana tanggungjawab yang dipersetujui bersama melalui sesi perundingan.

Kontrak jenis ini juga mengaitkan keuntungan kontraktor dengan prestasi kontraktor, berasaskan sasaran KPI yang ditetapkan. Sekiranya prestasi kontraktor melebihi sasaran KPI, keuntungan yang lebih disediakan. Sebaliknya jika gagal mencapai sasaran KPI, kontraktor mungkin tidak layak untuk menerima keuntungan. Semua ini bergantung kepada perjanjian yang digubal. Dalam kata lain, Relational Contract rewards good performance.
2,240 points 2 11 23
3 votes
Relational Contract masih di peringkat piloting di JKR.
2,240 points 2 11 23
4 votes
Relational Contracting(RC) adalah strategi /kaedah perolehan alternatif iaitu berdasarkan kepada kontrak pertalian yang menyediakan infrastruktur pelaksanaan projek secara kolaborasi, fleksibel, perkongsian " pain & gain" dan insentif berdasarkan prestasi.

RC telah lama digunakan di negara2 maju eg. USA, UK, Australia,dll. Kajian di Australia menunjukkan sejak tahun 1990, kaedah ini lebih baik dari segi masa,kos & kualiti projek2.

RC ini sesuai untuk projek2 besar & kompleks sahaja. Pihak JKTN telah lulus pelaksanaan pilot RC bagi projek blok Endokrin di Hospital Putrajaya.
23,840 points 32 79 152
4 votes

Relational Contracting menggunakan konsep Partnering antara stakeholder utama (iaitu pihak pelanggan, pelaksana dan kontraktor) yang terlibat bagi memastikan mempunyai hubungan kerja yang baik dan komunikasi yang efektif antara mereka. Komponen utama Partnering ialah Trust, mutual objectives dan continuous improvement. Proses Partnering ini akan memastikan stakeholder utama akan bekerja secara satu pasukan termasuk menetapkan secara bersama KPI (performance measurement) yang hendak dicapai bagi projek tersebut. Performance measurement tersebut akan dipantau secara berkala oleh stakeholder utama agar tercapai ke arah kejayaan projek.

1,880 points 2 8 25
3 votes
Apa yang diperhatikan secara mudahnya adalah JKR sedang ke arah menggunakan satu kontrak baru yang melibatkan mesra pelanggan dimana pelanggan adalah menjadi parti utama kontrak dengan dibantu oleh pihak yang berkepentingan lain di mana projek-projek sebelum ini pihak pelanggan tidak terlibat dalam menanda tangani kontrak dan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam pelaksanaan projek pembinaan di tapak.

Apa yang saya faham juga terdapat satu lagi kelainan dalam RC ini adalah terdapat 2 sahaja kontraktor yang melepasi semua tapisan awal  yang layak untuk memasuki tender akhir bagi merebut projek tersebut.

Setakat ini terdapat satu projek perintis yang sedang dijalankan oleh JKR.
42,830 points 28 107 208
...