search
Log In
11 votes
185 views
in Project Management 750 points 4 10 14

3 Answers

2 votes
Perkara ini memang biasa berlaku terutama apabila melibatkan pengalihan utiliti yang berada ditapak kerja pembinaan. Sekiranya pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja pembinaan disebabkan terdapat utility ditapak kerja maka adalah wajar kontraktor diberi EOT walaupun kerja fizikal masih banyak lagi belum siap. Apa-apa pun kelulusan EOT masih tertakluk dibawah kelulusan SO
1,000 points 2 12
2 votes
Biasa berlaku. Perlu buat koordinasi di peringkat awal antara pihak utiliti yang terlibat.
690 points 3 4 11
7 votes
Ya, perkara ini sering terjadi dalam projek JKR.

 

Masalah pengalihan utiliti memang salah satu argument yang kerap digunakan oleh kontraktor untuk mendapatkan EOT terutama dalam projek yang melibatkan naiktaraf jalan. Untuk melayakkan mereka mendapat EOT, pihak kontraktor perlu menunjukkan bukti yang kukuh kelewatan pengalihan utiliti menjadi punca kelewatan kerja fizikal.

 

Kaedah yang paling biasa digunakan adalah dengan merujuk kepada aktiviti yang berada dalam critical path work program yang telah disediakan. sekiranya benar masalah utiliti menyebabkan aktiviti dlm laluan kritikal tidak dapat dimulakan, maka SO perlu memberikan EOT mengikut jumlah hari aktiviti tersebut lewat dari jadual setelah ditolak LAG.

 

yang menjadi masalah adalah work program yang disediakan oleh kontraktor dan seterusnya diluluskan oleh SO tidak dilengkapi dengan maklumat yang diperlukan dan sering tidak menggambarkan sequence aktiviti di tapak. ini menyebabkan SO sukar untuk menolak permohonan EOT sedangkan adalah jelas kelewatan pengalihan utiliti bukan punca utama kelewatan kerja oleh kontraktor.

 

harap ini dapat menjawab kemusykilan tuan. sekiranya jawapan saya tidak tepat, saya mohon maaf.
7,470 points 12 38 62
...