Ini semua SOAL HATI
Hati perlu di cuci dulu, apa yang patut di buat dan apa yang tidak patut dibuat.
Jika hati bersih dan putih, maka apa tindakan yang dibuat pun resultnya Insyallah akan menjadikan nya yang terbaik.
Saya rasa tidak boleh kita persalahkan pihak atasan semata semata, kalau kita yang se pejabat atau yg duduk sebelah meja pun tak boleh nak menegur, bolehkah kita terlalu nak mengharapkan pihak atasan yg duduk lebih jauh dari kita dan mempunyai pelbagai tanggungjawab yg lebih besar dan mencabar, terpaksa menyelesaikan isu isu negara nak bantu.
Sedangakan di bawahnya ada berpuluh puluh dan beratus staff. Bukan bermakna Pihak Atasan tidak perlu bertanggung jawab, mereka sebagai Ketua kena turun padang, namun kita juga perlu membantu supaya kita tidak menjadi masaalah kepada orang lain.
Itu yang dimaksudkan Hati Kena Bersihkan dulu.
Tak payah di pejabat, tengok saja di masjid masjid. Cuba tuan/puan tinjau keadaan jambannya. Nama tempat ibadat rumah ibadat, tetapi mentaliti pak haji dan mak haji dan lain lain yang menggunakan nya macam mana? Ini juga masaalah displin. Takkan nak harapkan tukang cuci yg upahnya pun tak seberapa sen. Harga Gula naik, Bil letrik naik, tol naik, tetapi mentaliti tak pernah naik naik.
Kalau kita mempunyai displin dan jati diri yang tinggi, mana mana pergi pung akan di sukai dan disayangi. Kalu tidak akan senantiasa menjadi beban dan masaalah kepada orang lain.
Amalkan sikap membantu, especially sahabat dan jiran jiran di sebelah. Insyallah. If 1 month kita boleh buangkan tabiat negatifnya, in 2 months? 12 months? 12 years? 120 years???
Salam
