search
Log In
22 votes
146 views
Penggunaan J-Cop telah mendapat sambutan hangat. Apakah perancangan seterusnya untuk memperluaskan penggunaannya? Bagaimanakah keberkesanannya akan diukur?
in Human Resource Management 630 points 4 8 11
recategorized by

11 Answers

2 votes

Pada pandangan saya penggunaan J-Cop masih perlu diperluaskan kerana setelah dihitung jumlah kakitangan yang berdaftar (2360) berbandingan dengan jumlah pendaftar yang aktif (+- 800) adalah masih rendah % keaktifannya. Hanya lebih kurang 33% dari kalangan pendaftar sahaja yang aktif berinteraksi dalam laman itu.

Berikut adalah pandangan diri saya yang mungkin perlu diambil perhatian dan kajian serta tindakan susulan yang perlu dilaksanakan demi memperluaskan penggunaannya supaya ramai lagi dapat ilmu dan manfaat melaluinya:-

  • Kesemua soalan harus diambil berat dan tindakan untuk menjawab walaupun ia nampak seakan-akan remeh dan tidak berkaitan kerana kesemua soalan yang dikemukakan tetap merupakan pandangan dan idea setiap individu yang inginkan penjelasan dan kefahaman lanjutan.
  • Setiap soalan yang dianggap bagus dan boleh mendatangkan kemajuan kepada JKR harus dikaji semula dengan lebih teliti supaya satu rumusan yang total dapat diperolehi.
  • Setiap jawapan yang disemak dan didapati tepat pada soalannya harus dikumpul dan diperhalusi untuk dibukukan supaya semua kakitangan dapat manfaat melaluinya.
  • Setiap soalan yang masih belum dijawap perlu dikaji semula dikalangan AJKnya supaya satu rumusan terhadap kemuskirannya dapat diselesaikan dengan baik.
  • Cadangan dan pandangan yang bagus melalui paltform ini juga harus diketengahan dikalangan senior officer untuk dikaji supaya peranan J-Cop menjadi lebih mantap dan jitu.
49,070 points 106 197 356
...