search
Log In
33 votes
460 views
Setiap tuntutan ( tuntutan perjalanan, bayaran balik touch N go, bil telefon bimbit dll) wajib disertakan salinan penyata akaun bank. Ini menyebabkan penggunaan kertas yang banyak dan berlakunya pembaziran.
closed with the note: This has been brought up to the Minsitry
in Human Resource Management 330 points 1 2 4 1 flag
closed by
0
Saya juga amat bersetuju kerana ini akan mengakibatkan pembaziran kertas yang sangat banyak.  Dan saya juga ingin tahu, apakah yang akan dibuat dengan salinan penyata akaun bank yang disertakan itu, adakah selepas dilihat dan disahkan betul, ianya hanya akan disimpan didalam fail sehinggalah ia dilupuskan.  Saya cuma inginkan kepastian. Terima kasih.

4 Answers

12 votes
Saya amat setuju bahawa tiada keperluan untuk menyertakan salinan penyata akaun bank setaip kali kerana Bahagian Kewangan telah ada rekod akaun pegawai JKR. Pada pendapat saya, salinan penyata akaun bank hanya perlu dikemukakan apabila terdapat permintaan daripada pegawai untuk menukar akaun bank
6,030 points 11 32 55
0
Saya juga menyokong dan amat bersetuju bahawa tiada keperluan menyertakan penyatan akaun bank pada setiap tuntutan. Sepatutnya bahagian kewangan sudah mempunyai rekod akaun kakitangan yang ada pada mereka melainkan permohonan untuk menukar nombor akaun.
4 votes
Saya  juga agak tidak bersetuju dengan perkara ini. Dengan itu adalah dipohon pihak-pihak yang berkenaan dapat memberikan pencerahan atau penjelasan yang memuaskan tentang perkara ini. Adakah perkara ihi bagi memudahkan pegawai yang memeriksa dan mengesahkan tuntutan atau adakah syarat wajib yang dikenakan oleh pihak AG?
42,830 points 28 107 208
8 votes
Salinan akaun atau Penyata bank ini adalah antara teguran audit terhadap Bahagian Kewangan JKR so ANM telah mengarahkan setiap Claim perlu disertakan salinan akaun bank. Sememangnya ianya tak selari dengan kempen paper less tapi apa boleh buat itu arahan. Jika tak sertakan maka tak dapatlah claim tersebut. KPKR, Pengarah-Pengarah pun kena sertakan penyata bank ini juga. Tiada yang terkecuali.
27,610 points 73 158 200
0
Inilah masalahnya kalau setiap teguran audit itu kita terima bulat2 tanpa kita cuba memberikan kenyataan yang bertentangan atau pun tidak setuju dengan cadangan2/komen2 yang diberikan oleh audit..sepatutnya setiap teguran audit itu kita balas dengan cadangan/komen kita pula sebagai auditee berserta dengan sebab/justifikasi.
4 votes
Ia tidak seragam mengikut cawangan atau pejabat. Semasa bertugas di Caw Kerja Kesihatan saya tidak perlu kemukakan pada setiap bulan tetapi rakan saya di CKASJ perlu kemukakan pada setaip bulan bila membuat tuntutan TNT.
9,530 points 25 58 109
0
SEPANJANG PERKHIDMATAN ITU LAH YANG DIAMALKAN ,HANYA SATU KALI SALINAN NO AKAUN PEMOHON DIKEMUKAKAN.

ANM KELUARKAN ARAHAN UNTUK MENYERTAKAN SALINAN NO AKAUN  PADA  SETIAP PERMOHONAN TNT MUNGKIN BERDASARKAN ADA KES KES TANG BERLAKU DAN JIKA INI MERUPAKAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN  KITA  FAHAM.
...