Tuan,
Berpandukan kepada pengalaman saya dalam penyenggaraan jalan, bagi jalan "heavy traffic"seperti kawasan bandar utama rasanya belum ada kaedah yang boleh meminimumkan gangguan kepada lalulintas, jadi masa yang terbaik untuk melaksanakan turapan ialah pada waktu malam. Kalau ikut prosidur setting time selepas turapan ialah 24 Jam, tetapi bagi saya 4 Jam telah memadai. Tapi kebiasaannya, bila siap saja lay dan compact premix (ACWC), selepas 30minit, kami terus buka laluan tersebut kerana keadaan kesesakan traffik yang kritikal walaupun kami telah laksanakan TMP dan telah war-warkan kepada umum sebelum kerja penyenggaraan dilaksanakan.
Cadangan saya, bagi penyenggaraan jalan yang "heavy traffic", kita boleh guna teknologi premix yang terkini seperti PMA, SMA atau premix dengan fibre untuk memanjangkan hayat jalan. Pada junction (termasuk pada persimpangan lampu isyarat), saya menggunakan paver block dan ianya amat berkesan.
Sekadar pengkongsian pengalaman.