search
Log In
13 votes
129 views
Surat Arahan KPKR Bil. 10/2012 memaklumkan mengenai perlaksanaan pengurusan risiko yang diwajibkan ke atas semua projek JKR di mana kosnya melebehi RM50 juta. Adalah dicadangkan laporan pematuhan perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko (RMP) dijadikan satu agenda di dalam Mesyuarat JPP. Juga dicadangkan agar pembentangan RMP bagi projek terpilih diadakan di dalam mesyuarat tersebut.
in Project Management 510 points 1 3 10

3 Answers

11 votes
Mr Doraisamy,

Saya amat bersetuju dengan cadangan tuan agar Pelan Pengurusan Risiko dipantau dan dilapur. Tetapi untuk dimasukkan ke mesyuarat JPP saya rasa ianya kurang sesuai kerana JPP sepatutnya melaksanakan membincangkan strategik pelan dan menyediakan polisi untuk Jabatan. Saya cadangkan pemantauan RMP ini cadangkan dimasukkan ke mesyuarat penyelarasan dan pemantauan projek yang dipengerusikan oleh YBrs. Dato' TKPKR (Bisnes) atau boleh juga dimasukkan ke agenda tetap mesyuarat projek yang dipengerusikan oleh SO. Pemantauan dan Perbincangan RMP ini amat baik juga sekiranya ianya dilaksanakan di WAR ROOM JKR yang akhir-akhir ini agak sepi penggunaanya.

Bagi saya bukan saja RMP yang perlu dipantau, yang lain-lain seperti PMP & pematuhan Quality, pematuhan spec juga perlu dipantau. Jangan tumpu kepada Time dan Kos saja.

Sekadar pandangan saya.

Mohd Fairuz
27,610 points 73 158 200
4 votes

Saya juga bersetju Pelan Pengurusan Risiko dipantau dan dilaporkan. Dari segi amalan terbaik, risiko perlu dipantau:

  1. di peringkat projek (pengurus projek) - pelan pengurusan projek dikaji semak secara berkala oleh pasukan projek mengikut keperluan projek disepanjang jangkahayat projek bagi memastikan risiko projek dipantau lebih rapi dan langkah mitigasi yang sesuai dapat diambil sewajarnya. Risiko projek yang perlu diangkat naik ke peringkat program perlu dikenalpasti agar dapat di rawat dengan lebih berkesan.
  2. di peringkat program (pengurus program) - pelan pengurusan risiko program perlu dikajisemak dan dilapor secara berkala oleh pasukan pengurus program termasuk mengambilkira risiko projek yang telah di angkat naik untuk langkah mitigasi. Terdapat risiko yang juga perlu diangkat naik ke peringkat portfolio untuk tindakan sewajarnya.
  3. di peringkat portfolio (sektor/pengurusan atasan) - dipantau dan dilapor secara berkala mengikut keperluan untuk persetujuan/kelulusan tindakan langkah mitigasi mengambilkira risiko yang diangkat naik ke peringkat jabatan
1,880 points 2 8 25
3 votes
Pematuhan kepada semua Surat Arahan KPKR wajar dipantau supaya matlamat mengeluarkan arahan itu tercapai. Begitu juga arahan penggunaan pengurusan risiko dalam projek harus dipantau dan dilapor. Kini, pelaksanaan pengurusan risiko projek (PRP) telah pun diintegrasi dalam Sistem Pengurusan Bersepadu dan sekaligus memastikan pengurus projek (HOPT) melaksanakan pengurusan risiko dalam projek. Sekiranya HOPT masih tidak melaksanakan PRP, ianya boleh menyebabkan NCR dikeluarkan ketika audit ISO 91000 dilaksanakan.

Dalam hal ini, Unit Kualiti CDPK harus melaksanakan audit dalaman dengan memberi penekanan kepada pematuhan kepada Surat Arahan KPKR Bil. 10/2012 berkaitan pelaksanaan PRP dengan lebih kerap lagi. Hasil daripada audit dalaman ini perlu dilapor kepada pengurusan atasan bagi memberi indikator sejauh mana pengurusan risiko diamalkan dalam JKR mengikut Surat Arahan KPKR yang dikeluarkan.
2,440 points 2 8 23
...