search
Log In
12 votes
79 views
in Structure 2,520 points 3 7 17
recategorized by

1 Answer

1 vote
Terdapat 2 peringkat kelulusan pembekal sistem kekuda bumbung propriotery, (1) untuk tujuan PENYENARAIAN dalam senarai utama Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (dahulu Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan) dan (2) untuk KEGUNAAN dalam projek-projek kendalian JKR.

Prosedur semasa (sehingga tarikh spesifikasi JKR JKR-20601-0186-11 dikeluarkan), untuk peringkat penyenarai dalam SENARAI PEMBEKAL (Cold Formed), pihak CKAS bertanggungjawab memproses permohonan pembekal. Untuk KEGUNAAN SEBENAR di tapak, pihak PEJABAT PENYELIA TAPAK perlu memproses permohonan daripada pihak pembekal sistem yang dimajukan melalui kontraktor.

Pada PERINGKAT PENYENARAIAN, beberapa perkara asas telah diberi perhatian; antara lain yang penting adalah maklumat sistem serta kemampuan melaksanakan rekabentuk, kemampuan pengeluaran dan kepatuhan secara am kepada spesifikasi JKR (rekabentuk struktur, spesifikasi bahan dll).

Pada PERINGKAT PENGUNAAN DALAM PROJEK, kelulusan sistem perlu mengambilkira keperluan utama dalam SPESIFIKASI JKR iaitu REKABENTUK STRUKTUR, BAHAN dan PENGENDALIAN KEKUDA.

Untuk 'Jaminan'; pembekal sistem sepatutnya perlu memberikan jaminan untuk REKABENTUK STRUKTUR dan BAHAN yang digunakan. Rekabentuk struktur sepatutnya disediakan berdasarkan KOD AMALAN KEJURUTERAAN dan disahkan oleh JURUTERA PROFESIONAL. Bahan pula akan terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu KEKUATAN BAHAN (yield strength keluli asas, bentuk geometri keratan serta fasterner) dan BAHAN PERLINDUNGAN KARAT.

'Jaminan' kepada kekuatan bahan dan rekabentuk struktur boleh disemak agak samada maklumat melalui sijil pengilang atau ujian makmal. Bagaimanapun jaminan kepada bahan perlindungan karat akan bergantung kepada keadaan dedahan alam sekitar (exposure) di tapak sebenar dan jenis bahan perlindungan karat yang digunakan. Spesifikasi JKR mengariskan keadaan dedahan luaran maksimum adalah berdasarkan ISO 9223 (Corrosivity C3). Exposure ini akan menentukan CLASS FASTENER dan COATING BAHAN yang boleh diguna. Jika kehendak spesifikasi tidak dapat dipenuhi, maka alternatif jenis kekuda yang lain mungkin perlu dipertimbangkan.

Berbalik kepada soalan,"...must be located >300m from breaking surf or more than 100m from still water....jika tidak....warranty null and void...", adalah didapati syarat seperti ini terlalu umum. Jika ianya  berkaitan bahan perlindungan karat, pernyataan tersebut adalah tidak tepat, kerana 'exposure' tidak hanya bergantung kepada JARAK MINIMUM daripada AGEN PENGARATAN tetapi keadaan sebenar di tapak seperti arah angin, kandungan udara dan keadaan dalaman bumbung. Oleh itu, sekiranya kekuda yang hendak dibina dalam kawasan sebenar sepertimana syarat yang dinyatakan, pertama, pembekal sistem sepatutnya tidak membekalkan sistem untuk projek tersebut dan kedua pembekal tidak patut diluluskan jika tidak memenuhi keperluan spesifikasi. Alternatif jenis kekuda boleh dipertimbangkan.

Jaminan untuk rekabentuk struktur sepatutnya tidak 'void and null' dalam apa juga keadaan sebenar di tapak. Sekiranya sistem tidak boleh menangung beban dalam 'keadaan sebenar tapak pembinaan' sepertimana disyaratkan (berkemungkinan angin), maka ia tidak sepatutnya dibina didalam kawasan tersebut kerana tidak mematuhi keperluan spesifikasi, iaitu keperluan rekabentuk. Bagaimanapun, samada syarat-syarat oleh Pembekal sistem dan kehendak dalam spesifikasi JKR adalah tertaktuk kepada klausa 22.0, PWD 203A, ianya perlu dirujuk kepada yang lebih arif.

Kesimpulannya, kelulusan pembekalan sistem propriotery kekuda untuk kegunaan sebenar di tapak memerlukan peranan di peringkat penyenaraian dan pada peringkat kelulusan di tapak. Soal tidak mempertimbangkan syarat-syarat sedemikan semasa kelulusan sepatutnya tidak berbangkit. Bagaimanapun, sekiranya terdapat perlanggaran kepada spesifikasi yang menjadi syarat semasa penyenaraian, maka  pihak penyeliaan tapak boleh melaporkan kepada URUSETIA PENYENARAIAN CKAS untuk tindakan lanjut kepada pembekal yang disenaraikan. SEKIAN.

Ir. Hanizah binti Argadan
PPK
Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur.
49,750 points 33 88 176
0
Nak tanya. Senarai kekuda bumbung cold form ni nak download kat mana? Saya cari dalam website jkr tak jumpa
...