QMS ISO 9001 adalah satu prosedur pengurusan kualiti yang diiktiraf dunia sebagai satu prosedur pengurusan yang mampu menghasilkan produk berkualiti secara berterusan.
Yang harus disemak semula bukanlah sistem ISO 9001, tetapi lebih kepada cara perlaksanaan yang diamalkan oleh anggota JKR dalam menggunapakai sistem ini.
Orang kita bijak dalam 'menipu' sistem ini. Kalau dalam sistem ini memerlukan tandatangan sesuatu borang pemeriksaan, anggota kita bersama kontraktor / perunding telah siap tandatanganinya seminggu atau beberapa hari kedepan. Ini bermakna, tiada siapa pun membuat pemeriksaan bersama tetapi bila diaudit borangnya, semuanya lengkap dan kemas.
Sistem tidak faulty. yang faulty adalah sebahagian anggota kita....