search
Log In
8 votes
49 views
semasa belajar dulu, final year tesis saya adalah soil stabilization of clay soil using rice husk ash. Bolehkah tesis saya ini dipanjangkan ke bahagian penyelidikan (R&D), JKR Malaysia untuk dijadikan salah satu inovasi jabatan?
in Geotechnical 3,160 points 3 12 31

1 Answer

9 votes
 
Best answer
Saya amat bersetuju tuan, perkara-perkara seperti ini perlu diketengahkan. Tak silap saya di Bahagian Latihan dan Penyelidikan ada menyediakan peruntukan untuk Inovasi. Tuan mungkin boleh melalui Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik dan Bahagian Senggara Fasiliti  Jalan (Unit Pavement) untuk mengetengahkan program ini.

Semasa saya terlibat dengan Jalan sebelum ini, saya ada terlibat dengan Soil Stabilisation dengan menggunakan Cement, Asphalt Emulsions dan ianya amat-amat berkesan untuk meningkatkan bearing capacity. Bagi saya Rice Husk Ash is waste materials dan banyak di Negara kita, kenapa tidak, kita guna waste material ini untuk sesuatu yang amat bermanafaat.

Ini pandangan saya.
27,310 points 73 158 200
selected by
0
Terima kasih tuan, memang tujuannya saya memilih rice husk ash sebagai sumber bahan tambah di dalam soil stabilization disebabkan bahannya mudah diperolehi di negara kita disamping kita dapat menguruskan sisa buangan ini daripada dibakar begitu sahaja. Saya akan merujuk kepada bahagian yang tuan telah mention dalam jawapan untuk mengetengahkan inovasi ini. Terima kasih.
...