search
Log In
9 votes
230 views
Persoalannya sekiranya, dari segi jangka masa panjang kita kata rigid pavement adalah lebih menguntungkan kenapa JKR tidak tukar polisi menggunakan rigid pavement. Terutama sekali mana-mana laluan yang kerap dilalui oleh kenderaan yang membawa muatan yang berlebihan. Walaupun kita tahu rigid pavement tidak sesuai di laluan sediada tetapi kita kena fikir secara konstruktif bagi mengatasi masalah tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan/menyelesaikan masalah aduan jalan rosak. Seterusnya IMEJ JKR dapat ditingkatkan dan dapat menawan semula hati RAKYAT secara keseluruhannya.
in Road 520 points 2 4 10
edited by

4 Answers

9 votes
 
Best answer

Paridz, Soalan yang baik untuk JKR. Seronok bincang berkaitan jalan nie, ditambah pula dah lama tak design dan supervise projek jalan. Apa pun ini adalah jawapan daripada saya jika ianya dapat dikongsi bersama;

Kalau kita lihat dari segi design life, Flexible direkabentuk untuk 20 tahun design life manakala Rigid direkabentuk untuk 40 tahun design life. Sebelum pemilihan samada hendak kepada Flexible atau Rigid pavement dibuat, bagi saya kita perlu melalui 3 penilaian iait;

  1. Penilaian Teknikal - Traffic, Constraints, Deterioration & Safety, Durability Req., Future maintenace, Environmental consideration
  2. Penilaian kewangan - Capital cost of options, cost of maintenace
  3. Penilaian dari segi ekonomi - Agency cost, road users costs-comfort driving

(Saya tidak bercadang untuk senaraikan setiap penilaian dengan detail)

Kita perlu tahu deficiencies yang membawa kepada kegagalan kepada jalan iaitu dari segi;

  1. Performance problem yang disebabkan oleh design, construction, enviroment
  2. Faktor ini termasuklah;
    • Kualiti of construction
    • kandungan atau materials subgrade
    • degradation
    • traffik
    • overloading

Jadi bagi saya faktor yang mempengaruhi pemilihan ini ialah;

  1. Design faktor antara flexible dan rigid adalah amat berbeza
  2. Client Expectation

Jadi bagi saya pemilihan perlu melalui peringkat-peringkat penilaian seperti teknikal, kewangan dan ekonomi.

Terimakasih

Mohd Fairuz Muhamad, CPK

 

 

 

27,310 points 73 158 200
selected by
3 votes
Dari segi jangkapanjang , rigid pavement lebih baik dari segi value of money utk mantainace dan secara tak langsung akan lebih beri manafaat kepada rakyat.
2,450 points 9 21 28
4 votes
Secara praktikalnya, flexible pavement adalah lebih selesa kepada pemandu kerana ianya mengurangkan kebisingan tayar dan smooth tetapi kos penyenggaraannya tinggi. Walaubagaimanapun rigid pavement adalah lebih kuat dan tahan lama dan kos penyenggaraannya rendah. Pada pendapat saya, jika difikirkan dari segi value of money, rigid pavement adalah sebagai pilihan walaupun kos awalannya (pembinaan) adalah tinggi tetapi jika diambil kira untuk long term adalah lebih jimat berbanding flexible pavement.
3,300 points 3 13 33
4 votes

Flexible pavement kosnya rendah tetapi maintenancenya tinggi.

Rigid pavement kosnya tinggi, maintenancenya rendah.

Whais is the best value for money?

Kena lihat di mana nak dibina jalan tersebut.

Kalau jalan di kampung kampung atau di kawasan dimana trafik volume dan trafik loading tak tinggi, maka memadailah dengan flexible pavement.

Kalau di jalan dimana trafik volumenya tinggi dan loading atau bebannya tinggi, maka warrants for a rigid pavement.

Why?

Kerana peruntukan perlu juga di agih agihkan dengan pembinaan lainya. Terlalu banyak spend atas jalan, sekolah sekolah pung nak kena repair juga, masjid surad perlukan ghimau juga.

Its one man gain is another man's pain.

As of now toll naik ni pun kita dah  mula rasa pinch atau kesannya. Jika di tukau semua PLUS highway ke rigid pavement, that will be another big hole in our pocket.

Akhirnya kita balik kampung je le nengok penyu telor, kehidupan di bandar kos terlalu tinggi.

(اللهم يسر و لا تعسر)

cool

14,930 points 12 51 137
...