search
Log In
14 votes
115 views
Mengapa tidak diintegrasikan rekod kursus yang dihadiri oleh pegawai dalam sistem latihan agar terus boleh di gunakan dalam MyKJ?
in Human Resource Management 260 points 2 3 4

4 Answers

5 votes
Untuk makluman tuan, Sistem latihan JKR Malaysia telah pun digabungkan bersama sistem MyKJ. Bila tuan klik modul latihan/kursus di dalam MyKJ, maklumat tersebut akan di link kan ke sistem latihan JKR Malaysia. Kemudian tengok pada ruang buku log latihan.
4,920 points 4 13 42
4 votes
Adalah didapati bahawa sistem MYKJ telah digabungkan dengan sistem latihan JKR. Syabas diucapkan kepada pihak-pihak yang telah terlibat dan berusaha dengan bersungguh bagi merealisasikan penggabungan tersebut.

Apa yang boleh dipertingkatkan adalah bagi pihak-pihak yang mengendalikan kursus atau seminar dipohon agar dapat mengeluarkan surat kehadiran atau sijil kehadiran kerana beberapa kursus yang telah hadiri tidak diberikan surat atau sijil kehadiran dan ini menyukarkan untuk dimasukkan ke dalam sistem latihan. Pihak yang menganjurkan kursus mungkin tidak mampu untuk mengeluarkan sijil kerana kehadiran adalah ramai walau mereka berjanji untuk menghantar sijil itu kemudiannya.
42,830 points 28 108 208
edited by
4 votes
Satu lagi dipohon juga agar kursus atau bengkel yang telah dibuat diusahakan juga agar dapat diberikan sijil atau surat kehadiran walaupun pada surat panggilan bengkel disebut sebagai mesyuarat.

Mungkin juga boleh diusahakan dengan menyediakan surat standad bertanda tangan ketua jabatan atau pengarah dengan nama peserta dikosongkan untuk diisi sendiri oleh peserta setelah mendapat surat tersebut sehabis sahaja kursus atau bengkel diadakan.
42,830 points 28 108 208
2 votes
Pihak BPSM tiada halangan untuk mengintegrasikan rekod kursus yang dihadiri oleh pegawai dalam sistem latihan agar terus boleh digunakan dalam mykj tetapi perlu perbincangan antara pihak CREaTE dan pihak BTM.
600 points 6
...