search
Log In
15 votes
178 views
in Structure 23,840 points 32 79 152
0
Macam dah senyap saja.

Macam dah tak ada.
0
mmg baik untuk dilaksanakan tetapi perlu penerangan yang terperinci kepada pegawai tapak terlebih dahulu dokumen apa yang perlu di perolehi dari pihak pembekal. Jangan bila diaudit oleh SIRIM mana dokumen2 pemasangan baru semua tanya kepada pegawai tapak mana dokumen2 tersebut dan kenapa x minta pada pembekal. Wal hal dari mula tidak diberitahu kepada pegawai tapak apa yang perlu ada....

2 Answers

5 votes
Ikut pengalaman saya kualiti dari segi finishing lebeh elok.  Masaalah sekarang ialah masih tidak banyak sistem provider yang menyebabkan penambahan kos dan kelewatan penyiapan projek. Perkara ni kita dah lalui semasa penggunaan sistem bumbung kekuli (cold formed roof truss) dahulu. Cukup susah penerimaan oleh pihak kontraktor sebab pembekal terhad dan menyebabkan projek lewat dan kos tinggi. Beri masa dan sekarang penggunaan steel roof truss dah menjadi norm. Rumah kat kampung pun pakai cold formed. Saya percaya jika kita terus beri penekanan penggunaan IBS akan melalui kitaran yang hampir sama.
10,990 points 9 43 89
7 votes

Menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/2008, semua agensi Kerajaan telah disyaratkan supaya melaksanakan projek pembangunan fizikal (bangunan) menggunakan pendekatan IBS. Walau bagaimana pun, kaedah bagi pelaksanaan secara IBS tersebut tidak diperincikan.

Selaras dengan itu, dari akhir tahun 2008 hingga akhir tahun 2009, JKR telah menggunakan kaedah, 'tender is called using drawings and quantities for conventional construction but the bidder is to price for both, conventional and IBS, with the IBS price being the conforming price'. Kaedah ini menimbulkan banyak masalah kepada pihak Pentender kerana berlaku banyak kekeliruan dalam menentukan kadar harga selain dari isu rekabentuk yang perlu dimuktamadkan oleh Pentender lebih awal sebelum kos tender boleh dihargakan.

Pada awal tahun 2010, JKR telah menggunakan pendekatan 'Approved Supplier' di mana bagi 8 buah projek Kesihatan, pihak Kontraktor diwajibkan untuk melantik pembekal yang dinamakan (Ibuzawa) bagi membekal komponen IBS yang diperlukan. Kaedah ini menimbulkan bantahan dari pihak Kontraktor kerana hanya satu pembekal yang dinamakan sahaja yang diluluskan serta isu komersial di antara Kontraktor dan Pembekal yang kerap sukar dimuktamadkan.

Dalam tahun 2011, JKR telah mengambil keputusan untuk melaksanakan IBS menggunakan kaedah 'Registered IBS System Provider (RISP)'. Melalui kaedah ini, pihak Kontraktor dibenarkan memilih pembekal dari senarai Pembekal Sistem IBS Berdaftar yang dikeluarkan oleh JKR. Dalam RMK10, pelaksanaan IBS menggunakan kaedah RISP telah menjadi teras kepada pelaksanaan projek pembangunan oleh JKR. Sepanjang RMK10, banyak maklumbalas telah dikemukakan oleh Pegawai Penguasa, Pasukan Projek (HOPT), Kementerian Pelanggan dan Agensi Pusat berhubung dengan kelemahan kaedah ini. Antara kelemahan ketara kaedah ini ialah rekabentuk dihasilkan oleh pembekal, maka apabila berlaku kelewatan bekalan oleh Pembekal, pihak Kontraktor tidak mempunyai pilihan lain melainkan menunggu sahaja sehingga bekalan diterima kerana rekabentuk adalah milik Pembekal. Perkara ini menjadi salah satu penyumbang kepada kelewatan projek.

Oleh itu, dalam tahun 2014, penggunaan kaedah RISP telah dihentikan. Semua projek-projek yang ditender selepas tahun 2014 hingga sekarang tidak lagi menggunakan kaedah RISP.

Sebagai rumusan, IBS adalah merupakan satu usaha untuk merubah pelaksanaan projek dari berpaksikan penggunaan pekerja yang intensif kepada penggunaan teknologi moden yang effisen. Faktor utama kejayaan ialah penerimaan semua pihak untuk berubah daripada cara lama kepada cara baru yang lebih effisen tadi. Bagi memastikan perubahan berlaku secara 'soft landing', kaedah pelaksanaan telah dipinda beberapa kali supaya impak negatif kepada Kontraktor dikawal ke peringkat yang paling minimal. 

Namun demikian, perkara yang perlu ditekankan di sini ialah IBS bukan penyelesaian kepada masalah Kontraktor yang tidak berkemampuan. Bahkan, banyak masalah yang timbul kesan dari pelantikan Kontraktor sedemikian telah menjejaskan pelaksanaan projek dan memberi imej buruk kepada IBS.

280 points 2 5
...