search
Log In
7 votes
120 views
Bolehkah Variation of Price atau VOP dinilaikan negatif? Ini kerana saya agak pelik apabila kontraktor dikenakan VOP negatif. Setahu saya VOP ini diperkenalkan dan dilakukan apabila ada kenaikan harga barang secara mendadak yang sangat ketara seperti tahun 2007 di mana kenaikan harga bahan binaan dan minyak pada ketika itu.

Tetapi jika semasa projek di dalam pembinaan dan harga bahan binaan itu turun, sepatutnya tidak timbul isu VOP kerana VOP hanya dikeluarkan apabila harga meningkat.

Mohon pencerahan pada yang lebih arif.

Terima Kasih
in Contract Administration 4,990 points 5 27 43
closed by

1 Answer

2 votes
 
Best answer
VOP boleh jadi +ve atau - ve, bergantung kepada naik/turun kos bahan2 binaan & minyak berdasarkan " base price index" semasa tender berbanding " current price index" semasa pembinaan.
23,840 points 32 79 152
selected by
0

Memang benar jika harga barang turun selepas kontraktor masuk tender, akan berlaku VOP 'negative'. Tetapi perlukah VOP 'negative' ini dikenakan kepada kontraktor?

Ini kerana jika dibaca pada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2008,

mukasurat 1

Berikutan kenaikan harga bahan binaan dan harga bahan api yang ketara baru-baru ini, Kerajaan bersetuju untuk mengkaji syarat perubahan harga semasa bagi memastikan projek Kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual. Oleh yang demikian, SPP ini bertujuan untuk:
mukasurat 7 
32. Jika sekiranya kontraktor masih tidak mampu untuk meneruskan projek walaupun syarat perubahan harga ini diberikan untuk menampung kenaikan harga bahan, maka kontrak boleh ditamatkan secara persetujuan bersama atas permintaan kontraktor. Kontraktor tidak akan dikenakan tindakan dengan syarat ia bukan berpunca daripada kelemahan pelaksanaan kontraktor. Namun begitu, 50% daripada nilai bon pelaksanaan hendaklah dirampas.

Dan beberapa lagi bacaan dan search di google juga mendapati tiada satu negara lain pun yang menceritakan tentang pelaksanaan VOP negative. Kesemua tentang VOP adalah apabila kenaikan harga bahan secara mendadak dan kenaikan harga apabila perubahan undang-undang.

Jadi mengapa JKR mengenakan VOP negative kepada kontraktor jika ia telah melawan tujuan asal VOP dilaksanakan?

...