search
Log In
10 votes
96 views
Pada masa kini kerap orang awam yang memohon agar lampu jalan di pasang di laluan yang sering mereka lalui, dengan alasan jalan gelap, merbahaya pada pengguna jalan terutama dikawasan persimpangan, terdapat kegiatan buang body motor yang dicuri dan sebagainya. Perlukah kita menunaikan permintaan mereka ini sedangkan kita sediamaklum kos menyediakan infra dan bayaran bill adalah tinggi. Minta pendapat dan penjelasan pada rakan yg pernah menghadapi masalah yang sama?
in Human Resource Management 520 points 2 4 10

3 Answers

5 votes
Kalau rekod  saperti dalam Pol 27 menunjukkan kemalangan kerap berlaku pd waktu malam sudah pasti pencahayaan dapat mengurangkan trajedi kemalangan. Apa ada pada nilai wang ringgit jika tindakan pencahayaan itu dapat menyelamatkan nyawa. Jangan sampai satu ketika ada sedara kita yg terlibat dlm kemalangan di kawasan tesebut baru nak pasang lampu jalan.
10,970 points 9 43 89
4 votes
Kos memasang lampu jalan ini dan seterusnya membayar bil penggunaan lampu jalan ini sememangnya agak tinggi. oleh itu, pihak yang akan bertanggungjawab dengan pembayaran lampu jalan ini selalunya akan keberatan untuk menerima tanggungjawab membayar bil bulanan sekiranya kawasan PBT atau majlis daerah yang kecil kerana peruntukan dan pendapatan mereka juga agak kecil.
42,830 points 28 107 208
3 votes
Secara jujurnya, kriteria-kriteria jelas yang mewarankan pemasangan lampu jalan masih belum dimuktamadkan...

sedang dibangunkan, jangan risau...

kalau kita hanya berpandukan frekuensi kemalangan saja, nanti diperkatakan orang bahawa JKR hanya responsif reaktif bukan proaktif....

kalau hanya berpandukan lokasinya gelap, memang waktu malam banyak lokasi gelap drp cerah....pemasangan lampu jalan pd kesemua lokasi gelap jadi tidak viable dr segi kos...

pelbagai faktor perlu diambilkira spt geometrik, traffic volume, pedestrian activites etc etc...
1,900 points 3 13 30
...