Setiap tapak mempunyai ciri tanah berbeza, nilai PDA berkemungkinan lebih rendah 30%, dan mungkin juga 20% dan mungkin juga 10%. Oleh yang demikian adalah lebih baik correlation PDA dan MLT dapat dihasilkan.
Saya berkesempatan membuat PDA dan MLT pada lokasi yang sama dan ingin berkongsi maklumat. Pandangan saya, nilai PDA 30% lebih rendah berdasarkan pengalaman saya di tiga tempat yang berasingan yang dibuat PDA vs MLT. Mungkin terdapat perbezaan dengan pengalaman di tempat-tempat lain.
Jika nilai PDA diambil lebih rendah i.e 30%, kos cerucuk akan bertambah. Sekiranya terus menggunakan nilai ujian PDA tersebut (tanpa pengurangan), isu geotechnical capacity cerucuk diragui, terutamanya friction pile (pile to length).
Jika tiada kawasan untuk melaksanakan MLT, tiada correlation dengan PDA dapat dibuat. Didalam hal ini boleh rujuk semula kepada perekabentuk untuk membuat judgement, dengan menilai semula borelog (soil investigation). Sekira tiada borelog, sukar untuk perekabentuk untuk mengulas.