Tidak boleh.
Selain daripada strength, lain-lain faktor perlu diambil kira seperti characteristic opening size, permeability, weight dan sebagainya. Properties setiap model geotextile adalah berbeza dan penggunaan tidak seperti yang dikehendaki (not used for purpose intended) akan menyebabkan material tersebut tidak perform sepertimana yang dikehendaki.
Sebagai thought experiment, boleh tak 200 lapisan geotextile kekuatan 1kN/m menggantikan 1 lapisan geotextile 200kN/m?
Tambahan lagi, daya geseran (internal friction) diantara geotextile dengan tanah adalah berbeza dengan daya geseran diantara 2 geotextile (iaitu lebih licin), menyumbang kepada kegagalan awal sekiranya 2 lapisan geotextile digunakan instead of satu lapisan.
Walaubagaimanapun, design setiap geotextile adalah berbeza. Pihak tuan dialu-alukan untuk bertanya kepada supplier yang berkaitan untuk mendapat jawapan yang lebih tepat.