search
Log In
20 votes
62 views
Bagi saya, dengan kepakaran yang ada pada Professional JKR, telah sampai masanya JKR mengambil kira earthquake ground motion.
in Structure 27,610 points 73 158 200
retagged by

2 Answers

2 votes
Untuk makluman, earthquake design bagi struktur atau infrastruktur di Malaysia hanya dilaksanakan sekiranya ada permintaan daripada pihak pelanggan untuk tujuan mitigasi gempa bumi (earthquake mitigation) . Bagi projek-projek lifeline seperti Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang ke-2, earthquake loading telah diambilkira di dalam rekabentuk struktur-struktur tersebut. Sehingga kini JKR belum mewajibkan earthquake design di dalam mana-mana projek awam atau swasta.
 
Saya bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk JKR mengkaji pelaksanaan earthquake design bagi Malaysia sebagai langkah mitigasi gempa bumi memandangkan Semenanjung Malaysia telah merekodkan lebih 35 small earthquakes (atau dipanggil background earthquakes) di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti di Bukit Tinggi dan Kuala Pilah sejak tahun 2006.  Di kawasan-kawasan lain berhampiran Kuala Lumpur, Putrajaya dan Petaling Jaya kerap dilaporkan telah merekodkan felt earthquake motions hampir setiap kali gempa bumi bermagnitud besar berlaku di Indonesia.

Dr. Sherliza binti Zaini Sooria
KPP Bhgn. Rehabilitasi,
Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur.
51,920 points 33 88 182
3 votes
Pada pandangan saya keperluan rekabentuk seismic bukanlah pada dasar sudah sampai masanya JKR ambil kira beban seismic. Ianya perlu pada asas keperluan. Sekiranya keadaan memerlukan beban seismic diambil kira, maka ianya perlulah diambil kira.

Pada scenario masa kini, dan selepas kejadian gempa bumi berukuran 6 Richter di Ranau pada Jun 2015, memang pada dasarnya setiap bangunan di Sabah perlu direkabentuk dengan mengambil kira beban seismic. Bagaimana pula dengan Sarawak, pantai barat dan pantai timor semenanjung? Pihak DSM (Jabatan Standards Malaysia) melalui SIRIM dan dilaksanakan oleh IEM, telah menyediakan standarad rekabentuk seismic, MS EN 1998-1 pada tahun 2015. Namun penggunaan standard ini perlu merujuk kepada dokumen keperluan Nasional atau National Annex. National Annex ini masih belum dipersetujui oleh semua pihak dan masih belum diluluskan. National Annex ini mengandungi maklumat pemetaan kawasan seismic dan lain-lain maklumat yang diperlukan utk melaksana rekabentuk.

Di dalam tempoh sekarang ini, keperluan rekabentuk seismic adalah bergantung kepada  permohonan dari pemilik bangunan ataupun atas keperluan pihak PBT seperti MBKK.
50,250 points 25 103 239
...