Pada pandangan saya keperluan rekabentuk seismic bukanlah pada dasar sudah sampai masanya JKR ambil kira beban seismic. Ianya perlu pada asas keperluan. Sekiranya keadaan memerlukan beban seismic diambil kira, maka ianya perlulah diambil kira.
Pada scenario masa kini, dan selepas kejadian gempa bumi berukuran 6 Richter di Ranau pada Jun 2015, memang pada dasarnya setiap bangunan di Sabah perlu direkabentuk dengan mengambil kira beban seismic. Bagaimana pula dengan Sarawak, pantai barat dan pantai timor semenanjung? Pihak DSM (Jabatan Standards Malaysia) melalui SIRIM dan dilaksanakan oleh IEM, telah menyediakan standarad rekabentuk seismic, MS EN 1998-1 pada tahun 2015. Namun penggunaan standard ini perlu merujuk kepada dokumen keperluan Nasional atau National Annex. National Annex ini masih belum dipersetujui oleh semua pihak dan masih belum diluluskan. National Annex ini mengandungi maklumat pemetaan kawasan seismic dan lain-lain maklumat yang diperlukan utk melaksana rekabentuk.
Di dalam tempoh sekarang ini, keperluan rekabentuk seismic adalah bergantung kepada permohonan dari pemilik bangunan ataupun atas keperluan pihak PBT seperti MBKK.