Dari segi kertas kerja dan pelbagai perkara yang ditonjolkan oleh JKR dalam laman webnya, jawapannya YA, masih RELEVAN.
Namun bila diperhalusi, serta diteliti segala bentuk aktiviti yang ada dalam JKR, perjalanannya kurang lancar... hingga menjejaskan prestasinya sendiri.
Apakah urusniaga JKR? JKR tak perlu (Return of Investment) dalam bentuk wang? sebagai ukuran kejayaan.
Tetapi ukurannya adalah kepujian daripada penaruh penaruh harapan ? samada diiktiraf sebagai 5 bintang atau anugerah tertentu. (Harap2 jangan syok sendiri) haruslah real / kenyataan dari penaruh harapan itu sendiri.
Bagaimanakah JKR akan dapatkan keuntungan ini? iaitu kepujian daripada pelbagai penaruh harapan.
sebagai contoh Urusniaga dalam memprodukkan "Jalan" ; saya yakin 2000% JKR memiliki PIAWAI yang terbaik.
Okey kita ambil analogi, yang sebenarnya kaitannya amat rapat juga. tidaklah tersasar.
Kilang atau nama lain Industri. sama sahaja rangka operasinya.
Kilang kereta, Kilang Besi, Kilang Batu, Kilang Hand Phone ; ini industri melalui fasa yang sama seperti industri pembinaan bangunan, jalanraya serta pemasangan peralatan mekanikal atau elektrikal.
Fasa Perancangan spt pembinaan Handphone; semua adalah dari maklumbalas penaruh harapan.; mereka kaji seluruh kedudukan penaruh harapan, baru mereka rangkakan. apa keperluan penaruh harapan; dalam mereka ini ingin memenuhi keperluan penaruhan harapan, mereka tidak lupa akan penguatkuasa undang-undang; samada pembinaan mestilah diutamakan keselamatan, kesihatan dan seterusnya, hingga penaruh harapan harus akur terhadap perkara ini, walaupun sesuatu keperluan penaruh harapan tak dapat dipenuhi atas faktor ini.
Saya buat penelitian , bahagian Fasa Perancangan yang membabitkan semua disiplin dalam industri pembinaan bangunan ini, tiada benar-benar berbincang secara terperinci agar penaruh harapan ini dapat keperluannya. Rentetan inilah ; menjejaskan prestasi dalam fasa seterusnya iaitu REKABENTUK, Budjet Kosting/Period , Perlaksanaan dan Penyerahan.
Dalam Fasa Perancangan ; Peranan UTAMA dimainkan oleh Arkitek ; tetapi ianya dahulukan bahagian kejuruteraan;
Banyak lagi kriteria. Kita sangka hanya KSU kementerian itu sahaja sebagai STAKEHOLDER. tandanya perbincangan sekadar dengan mereka ini. Sedangkan tiada menjuruskan kepada pengguna sebenar; Kalau industri bangunan untuk membina Hospital. Apa keperluan? Mana data berhubung dengan keperluan orang ramai. yang adalah stakeholder juga diabaikan. Data dari segi gambar serta rakaman video bersama orang ramai yang ingin mendapat perkhidmatan daripada tempat tersebut, bagaimana peranan JKR dalam ini?
Tempat Parking adalah isu, dsbnya. Jemput Isteri bersalin. Ruang menunggu dan sebagainya.
Mana data? Maklumat itu penting agar jadikan sesuatu organisasi itu kuat.
Dalam Industri pembinaan bangunan atau jalanraya. JKR sebagai perunding.
memang jelas mereka ini tahu berkenaan UBBL, Akta Jalan Raya, dan pelbagai warta Kerajaan yang bagi menjamin KESELAMATAN, KESIHATAN serta keselesaan .
Namun dalam mempraktikkannya sebagai PERUNDING.. kita tak heret bersama penguatkuasa-penguatkuasa ini agar selalu memastikan yang mereka ini menjalankan penguatkuasaan.
Sebagai contoh penguatkuasa CIDB ; pada FASA KEEMPAT Pembinaan.
Kontraktor bertanggungjawab penuh dalam PEMBINAAN.
APakah kepastian yang mereka ini benar-benar kompetan dan bertanggungjawab.?
Project Manager yang diiktirafkan oleh CIDB, harus membuat persembahan kepada PERUNDING (JKR) sebab PERUNDING yang lantik mereka agar membuat seperti yang dimeterai. Tetapi mereka dikuasai oleh CIDB, sebab JKR bukan memberi iktiraf kepada mereka sebaliknya ; CIDB yang iktirafkan.
Langkah awal babitkan CIDB ke tapak bina;
Kontraktor mestilah memiliki Project Manager, serta lain-lain pekerja dalam menghasilkan bangunan seperti yang PERUNDING (JKR) designkan.
Project belum dibina ; Kontraktor yang diiktirafkan oleh CIDB akan datang ke tapak bina ; pada hari pertama masuk tapak bina.
CIDB akan meminta mereka mempersembahkan corak mereka dalam melaksanakan tersebut di hadapan PERUNDING; serta membuat aku janji ;
sebagai contoh PROJECT MANAGER akan mempersembahkan bagaimana dia manage project tersebut dengan menyatakan dari mula ingin dibina hingga ke siap projek seperti dalam CPM .. siapakah yang terlibat.
dan menyatakan tindakan pekerja-pekerja
kalau tukang paip, tukang kayu.. semua membuat persembahan dan akujanji seperti yang dipersembahkan...
sekiranya berlaku percanggah ketika dilaksanakan kelak dengan apa yang dijanji.
contoh tukang kayu sebelum projek bermula akan tunjukkan cara-cara betul dalam pembinaan. Potong 45 darjah dipamerkan dan menyatakan dengan bertulis seperti ini saya akan buat sekiranya keperluannya 45 darjah. Sekiranya bercanggah , saya akan menanggung ganti rugi. CIDB saksikan dan sahkan. sekiranya berlaku, tak payah susah nak menegur kontraktor dan kuncu-kuncunya. terus kepada CIDB . sekiranya CIDB tak de maklum balas. Bawa perkara tersebut kepada Legal Advice.. Penasihat undang2 kerajaan. Peringkat awal lagi dah bertindak.
Tukang lepa simen, tukang simen akan buat aku janji dengan membina seperti dalam rekabentuk... Kita terlalu inginkan Penguatkuasa. Sedangkan dalam kontrak.kaitan kita dengan kontraktor ; Adalah tempoh PEMBINAAN, Kadar Bayaran atau Harga Kontrak dan Pematuhan Spesifikasi.; Selebihnya ; Penguatkuasa yang bertanggungjawab. Penatlah...
Banyak lagi data yang diperlukan ; tetapi JKR abaikan sedangkan data itu penting
untuk kuatkan JKR.
JKR MASIH RELEVAN.