search
Log In
9 votes
264 views
in Contract Administration 42,830 points 28 107 208
edited by
0
So gagal satu hukuman berat diberikan oleh saudara. Mohon dapat perjelaskan dari sudut mana kegagalan so berkenaan supaya sama2 kita dapat ambil pengajaran.
0
JKR HQ (HOPT) telah beberapa kali meminta JKR Sabah supaya mengambil tindakan ke atas kontraktor bermula dari 19 Mei 2011 hinggga  Januari 2013. Pada 4 Januari 2013 JKR Sabah telah kemukakan NUTP kepada kontraktor dan pada 19 Februari 2013 JKR Sabah telah mengeluarkan perakuan kerja tidak siap kepada kontraktor.

Pada 9 Mei 2013 Jawatakuasa projek sakit telah bersetuju kontrak kerja kontraktor ditamatkan. Pada 19 Mei 2013 HOPT telah meminta JKR Sabah untuk mengambil tindakan untuk mengeluarkan NUTP.

Pada 23.10.2013 JKR telah mengemukakan NUTP kedua dan telah dikemukakan pada 23 Disember 2013 kepada JKR Sabah.

Dari tarikh keputusan jawatankuasa projek sakit pada 9 Mei 2013 hingga Notis penamatan pada 10 Disember 2013 adalah melebihi 5 bulan dan ini yang menyebabkan pihak pelanggan amat tidak berpuashati kerana JKR lambat mengambil tindakan penamatan walhal kontraktor memang tidak dapat menyiapkan projek langsung. Pelanggan melalui mesyuarat tindakan pembangunan bulanan selalu mencadangkan supaya JKR mengambil sesuatu tindakan bagi mempercepatkan proses penamatan ini dengan menarik balik kuasa SO bagi projek-projek seumpama ini.

Projek sepatut siap pada 26 November 2011 dan siap semasa pada 22 Disember 2012 dengan LAD RM 1.8 juta (366 hari) dan kemajuan kekal 73.52 % sejak Januari 2013.
0

Kalau ikut proses normal tidaklah sukar untuk proses penamatan kecuali terdapat perkara-perkara tertentu yang menyebabkan tindakan JKR Sabah agak perlahan. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah (you do you die, you don't do sure die)

 

1
Ironinya ialah yang zahir nampaknya JKR dilihat oleh pihak pelanggan sebagai pihak yang sangat lemah dalam mengambil tindakan yang sepatutnya mudah.
0
SO perlulah ada kemahiran komunikasi berkesan , PR & kebijaksanaan dalam menguruskan kontrak & pihak yang berkepentingan. Saya rasa semua SO & wakil SO mempunyai kemahiran ini cuma tidak direalisasikan sepenuhnya.

1 Answer

6 votes
Kadangkala ..kita kena perlu berfikir seketika kenapa SO gagal (kalaulah..betul SO gagal!)...adakah kuasa diberikan bersama resources yang sewajarnya?  Perlu kenalpasti kenapa gagal kerana ada masanya masaalah tidak akan selesai hanya dengan penarkan balik kuasa!

Boleh memanglah boleh tarikh balik...maklumkan saja sacara bertulis kepada pihak kontraktor  dengan menamakan SO yang baru..TQ
6,610 points 3 31 57
...