search
Log In
9 votes
123 views
Untuk satu projek yang telah dimansuhkan, NSC sedia adalah telah bersetuju untuk mengikat kontrak semula dengan Kontraktor utama yang baru (juga bersetuju) dilantik oleh PP dengan nilai baki nilai kontrak NSC asal.

Contoh Jika nilai kontrak NSC asal adalah RM100k dan bayaran telah dibuat melalui kontrak utama yang telah dimansuhkan sebanyak RM20k, maka nilai  kontrak NSC baru dengan kontraktor utama yang baru dilantik adalah RM80. Ini bermaana tidak ada sebarang pertambahan kos seperti mana syarat yang ditetapkan PP.

Walaubagaimanapun,NSC telah diminta untuk menyedikan insuran/Bon baru untuk Kontraktor utama yang baru dan memohon supaya kos ini dianggap sebagai kos tambahan.

PP bersetuju memandangkan keperluan ini  ini jelas dan baki RM80k itu adalah baki nilai kerja NSC semata mata.

Adakah tindakan PP ini salah dan perlu diambil tindakan tatatertib?
in Contract Administration 6,610 points 3 31 57
recategorized by
0

harap penanya soalan dapat tag soalan ini bagi memudahkan pengkelasan maklumat. tag dalam english adalah diutamakan dan bahasa digalakkan.

1 Answer

3 votes
PP telah mengambil tindakan yang betul kerana penyediaan insurans/bon adalah satu obligasi dan keperluan kepada sesuatu  kontrak .  Dalam hal ini pihak NSC bertanggung jawab untuk menyediakan perkara -perkara tersebut kepada kontraktor utama kerana  Insurans dan Bon Pelaksanaan terdahulu bagi kontrak yang lama telah terbatal berikutan dengan tindakan pemansuhan.
2,740 points 3 14 39
...