search
Log In
10 votes
216 views
in Stakeholders Management 14,930 points 12 52 137
0
harap penanya soalan dapat tag soalan ini bagi memudahkan pengkelasan maklumat. tag dalam english adalah diutamakan dan bahasa digalakkan. terima kasih.

1 Answer

12 votes
 
Best answer
Soalan yang amat baik. Top management juga perlu menjiwai VISI ini sebaiknya. Jangan terkejut jika ada kalangan Pengarah yang tak ingat VISI dan MISI JKR.

Soalan Tuan pada kategori Stakeholders "Apakah Sumbangan dan Persediaan yang akan dilakukan?"

 

Ini adalah amalan, pandangan dan cadangan daripada saya;

 

Amalan Saya

Bersikap proaktif dengan dasar yang disediakan oleh Jabatan. Kalau tak silap saya JKR telah mengeluarkan Strategik Plan yang pertama ialah Strategik Plan untuk ICT (ISP). Dalam ISP ini ianya jelas menerangkan keperluan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan JKR sentiasa relevan dan up to date dengan teknologi. ANTARA yang dinyatakan dalam ISP tersebut ialah pelaksanaan ECKM, BIM, CADD Management & Project Management yang disokong oleh ICT. All melibatkan DATA, INFORMATION, KNOWLEDGE, WISDOM & DECISION. Bila saya ditempatkan di Bahagian Teknologi Maklumat, CPK pada tahun 2010, first I did, saya mencadangkan nama Unit CADD ditukar kepada Unit Inovasi Teknologi Kejuruteraan. Di Unit ini saya dan staf cuba sedaya upaya merealisasikan ISP bawah skop ECKM, BIM dan CADD. Alhamdulillah, sedar atau tidak oleh staf JKR yang lain, JKR telah ada Jawatan Kuasa Teknikal BIM, Unit BIM, Teknologi perisian BIM, dan Pilot Projek thru BIM, BIM Library, BIM Standards juga telah dilaksanakan. Manakala bagi ECKM, kami berjaya menyediakan satu sistem pengurusan dokumen untuk JKR yang kami namakan eCOMs. Di eCOMs ini all the dokumen (as built drawings, Nota teknik, lesson learnt dll) telah adan akan di simpan ke sistem eCOMs untuk rujukan staf JKR dan bagi pengkongsian knowledge. Manakala bagi pengurusan CADD  kami menyediakan satu laman web untuk perisian Kejuruteraan dan Arkitek dan ianya boleh di akses oleh semua staf JKR. Dalam laman web ini akan terpapar perisian yang digunakan oleh Staf JKR secara SAH. Dalam Web ini juga kami akan bekerjasama dengan BLP (dengan bantuan Pn Norsham) untuk memasukkan nota-nota yang berkaitan dengan perisian kejuruteraan dan Arkitek sebagi rujukan kepada Staf P & P JKR. Ia secara tidak langsungnya akan mempertingkatkan Kompetensi Staf JKR.

 

Pandangan Saya

Kami memerlukan sokongan dari semua staf JKR terutamanya level Strategik. Apa yang kami laksanakan tidak akan berjaya jika ianya tidak mendapat sokongan daripada semua staf JKR. Sebagai contoh, kami menyediakan teknologi BIM dan bersama-sama dengan BLP menyediakan kursus yang perlu. So, kami memerlukan agar ianya digunakan dan latihan yang diberi di praktikkan semula bila kembali ke pejabat dengan perancangan yang boleh mengembangkan knowledge staf tersebut. Dalam kata yang lebih mudah, kita bertukar daripada AutoCad sekarang kepada Teknologi BIM (Revit) yang mana ianya jauh lebih intelligent.

 

Cadangan Saya

Semua staf JKR terutamanya kumpulan P&P perlu menghayati VISI dan MISI JKR. Business Plan yang dibangunkan oleh Cawangan perlulah menjurus kepada Strategik Plan yang disediakan (Dah ada 2 Strategik Plan). Elakkan daripada banyak mengeluh atau mengomen. Laksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab dan tambahlah knowledge sebanyak mungkin. Knowledge yang ada tu kongsi-kongsikanlah. Sensitif dengan persekitaran dan terokailah teknologi terkini agar Jabatan tidak ketinggalan.  Buktikan kecemerlangan Jabtan dengan pelaksanaan dan bukan hanya sekadar kata-kata. Yang paling penting JKR mestilah berorentasikan KNOWLEDGE.

 

Sekian dulu En Noor Azman, penat dah nak menulis,.. boleh bincang lagi lain kali.

Mohd Fairuz,

2013 masih di CPK (Bahagian Teknologi Maklumat)

Mulai 2 Jan 2014 bertugas pula di CKASJ (Bahagian Khidmat Pakar)
27,610 points 73 158 200
selected by
0
Satu usaha yang sangat baik dan murni oleh pihak tuan. Cuma nak tambah sikit. Kompetensi merupakan elemen yang amat penting dalam merealisasikan hasrat WCSP dan COE. Kompetensi boleh dipecahkan kepada skill, knowledge, attitude dan technical know how.

skill perlu di pertingkatkan

knowledge perlu se iring dengan keadaan semasa

attitude perlu positive dan senantiasa ingin menjadi yang terbaik = istiqamah

technical know how perlu di enhance

Salah satu cara untuk mencapai semua ini adalah dengan benchmarking dengan Negera Negara yg bertaraf WCSP dan COE.

Thanks
0
Saya amat bersetuju dengan Tuan berkenaan dengan Kompetensi. JKR melalui BLP (Kelak di Institut Kecemerlangan di Melaka) perlu merancang untuk STAF JKR. Dan Staf JKR perlu komited untuk meningkatkan kompetensi.

Suka saya nak sentuh sedikit berkenaan KNOWLEDGE. Untuk makluman, what I mean by "KNOWLEDGE" Ini saya petik dari presentation Tuan Pengarah,.... Knowledge is based on information that is organised, synthesized or summarised to enhance comprehension, awareness or understanding. Knowledge represent a state or potential for action and decisions in a person, organisation or a group. It could be changed in the process of learning which causes changes in understanding, decision or action.

En Noor azman, JKR memerlukan leader dan staf yang creative Thinking dan Innovation... know how to eliminate competitor, know how to be leader in the industry...

Sekadar sharing, terimakasih.
...