search
Log In
12 votes
58 views
in Project Management 1,600 points 7 11 18
reshown by

1 Answer

6 votes
 
Best answer

Proses yang diadaptasikan di JKR adalah proses piawai yang diamalkan mengikut standard ISO31300. Prosesnya perlu diikuti sepenuhnya dari awal proses hingga ke akhir proses supaya pengurusan risiko itu dapat memberi impak kepada pengurusan projek. Sekiranya proses itu dilaksanakan sebahagian sahaja, umpamanya sehingga proses pengenalpastian risiko tetapi tidak disusuli dengan pemantauan dan kawalan (monitoring and controlling risks), maka matlamat dan manafaat pengurusan risiko itu tidak akan tercapai.

Pengurusan risiko seharusnya diterapkan dalam proses pengurusan projek sendiri. Masa untuk mengurus "masalah"  (fire-fighting) dapat dikurangkan dengan pengurangan jumlah masalah sekiranya semua risiko projek yang dikenalpasti diurus dengan berkesan. Oleh itu tidak timbul 'perlunya masa yang banyak" dalam mengurus risiko sekiranya pengurusan risiko diamalkan sepertimana pengurusan masa, kos, kualiti dan sebagainya.

Proses dikatakan rumit sebab kurang kefahaman dan kemahiran dalam kaedah pelaksanaannya. Oleh itu semua pegawai JKR dari semua peringkat disarankan mengikuti latihan atau kursus dalam pengurusan risiko yang dianjurkan oleh jabatan.

Sistem automasi pengurusan risiko sedang dibangunkan dan akan diintegrasikan dalam Projek J10 adalah satu inisiatif jabatan untuk mempermudahkan pelaksanaan pengurusan risiko dalam projek.

2,440 points 2 8 23
selected by
...