search
Log In
12 votes
191 views

To determine piling point di atas tanah, untuk membina bangunan is easy. But how to determine piling point di dalam sungai untuk membina jambatan kecil. Bukan jambatan besar seperti Penang Bridge. Jambatan besar semua peralatan survey canggih canggih belaka. Lets say a RM20 million bridge.

(اللهمّ يسر و لا تعسر)

cool

in Civil 14,930 points 12 51 137
edited by
0
Salam, jika boleh title soalan diolah menjadi soalan yg mana dapat memudahkan pengguna lain menganalisa soalan tanpa perlu melihat secara detail perkara tersebut.
0
Sebagai contoh, soalan ini adalah 'how to determine piling point for small bridge? '. Harap dapat membantu.

3 Answers

3 votes
Kalau 20 juta kira besar le tu. Kalau nak pile pakai barge atau pontoon tetap kena pakai theodolite. Kalau setakat jambatan jalan kampung  dimana pile digunakan juga sebagai tiang dan piling guna crane yg duduk tepi air, pacak dulu dan ambil measurement dan alignment. Tak betul adjust bagi betul. Pacak tak bererti hentakan cuma letak je atas dasar sungai.

Paling mudah tambak tanah kat lokasi pier. Pileframe boleh masuk terus hentam. Pasang cofferdam korek utk pilecap. Pencemaran air sungai kena ambil kira
10,970 points 9 43 89
5 votes

Setiap piling point telah dikira kodinit (x,y). Setting-out dibuat dengan menggunakan "total station theodolite" yang diletakkan di tebing sungai. Peralatan tersebut adalah lazim digunakan dalam setting-out dalam kerja civil. Total station di tebing sungai, dan kodinitnya pun juga dikira.

Daripada kodinit-kodinit yang telah dikira, bearing dan jarak datar (horizontal distance) dapat dikira daripada kedudukan total station (di tebing sungai) ke kedudukan piling point. 

  • Teropong dihalakan mengikut bearing yang telah dikira. Kunci horizontal movement total station 
  • Pemegang prism diminta (menggunakan wakie-talkie lebih mudah, dengan menggunakan tangan pun boleh)  bergerak ke kiri / kanan supaya target prism kelihatan pada "cross-hair" dalam teropong.  
  • Jarak datar akan diperolehi antara kedudukan prism dan total station.
  • Jarak ini dibandingkan dengan jarak yang telah dikira. 
  • Prism akan digerakkan ke depan / belakang bagi mendapatkan jarak yang diperlukan (jarak yang dikira sebelum itu).
  • Setelah jarak tersebut diperolehi melalui gerakan target prism tersebut, maka piling point tersebut dapat ditentukan.

Namun begitu, piling point yang diperolehi tersebut hanyalah imaginary point (di sebelah atas permukaan air). Untuk dapatkan kedudukan piling point secara tepat di dasar sungai agak susah sekiranya arus sungai deras. Susah untuk dapatkan kedudukan piling point sebagaimana yang direkabentuk, dan lazimnya memang berganjak dan pengiraan rekabentuk pilecap dibuat semula.   

Sekiranya menggunakan barge, sistem untuk mengawal kedudukan barge juga perlu diambil kira. Kalau jambatan berhampiran muara, terlibat dengan air pasang dan  berarus. Rasanya kalau sungai kecil, barge tidak digunakan dan menggunakan temporary platform / cofferdam.

8,130 points 25 56 91
3 votes

Pada pandangan saya kalau ia sebuah jambatan kecil sudah pasti dari single span dan sistem jambatan tersebut boleh dari kalangan simply supported, semi-integral atau fully integral. Jika ia adalah sebuah jambatan kecil sudah pasti kedua-dua abutmentnya akan berkedudukan di atas kedua-dua riverbank dan bukannya dalam sungai.

Untuk kes ini koordinat untuk piling point telah dibekalkan, maka prosesnya adalah jauh lebih senang berbanding dengan jambatan yang mempunyai multiple span.

Proses untuk memasang peg piling point adalah seperti berikut:-

  • Beli CP (certified plan) dari Jabatan Ukur dengan merujukan kepada lot number tanah yang telah dikenalpasti. Kerana dalam keadaan biasa pembinaan jambatan akan melibatkan isu pengambilan tanah, maka sudah tentu lot-lot tanah itu diperlukan sebagai rujukan.
  • Jika survey plan asal yang digunakan semasa proses merekabentuk jambatan ada dan ia disahkan betul maka ia juga boleh digunakan sebagai rujukan untuk mencari batu sempadan.
  • Mula dengan mencari batu sempadan yang paling berhampiran dengan lokasi piling point itu. Proses untuk mencari batu sempadan itu sudah pasti akan dilaksanakan oleh license surveyor. Kita perlu 3 lokasi atau lebih batu sempadan untuk digunakan sebagai rujukan. Apabila batu sempadan yang berkaitan telah dapat dicari kita boleh menjadikan ia sebagai titik pengikat untuk pemasangan peg piling point. Sudah pasti batu sempadan itu ada koordinatnya dan kita boleh menggunakan ia sebagai rujukan untuk penyediaan peg piling point yang telah dibekalkan dengan koordinatnya.
48,840 points 106 195 351
0
Thanks Mr Tan
...