Mari kita lihat:
SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PEKELILING MENGENAI FUNGSI DAN BIDANGKUASA MENTERI KERJA RAYA UNTUK MENGURUSKAN ORGANISASI KKR DAN AGENSINYA
2.1. Senarai undang-undang dan pekeliling yang berkaitan adalah seperti berikut:
a. Perlembagaan Persekutuan
b. Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 [Akta 2]: Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2008 [P.U (A) 170/2008]
c. Pekeliling Am Bil.2 Tahun 1982
d. Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998
e. Akta Kontrak Kerajaan 1949 (semakan 1973) [Akta 120]
f. Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376]
g. Kanun Tanah Negara 1965
h. Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306]
i. Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]
j. Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358]: Perwakilan Kuasa di bawah Seksyen 77, 84, 85 dan 85A Akta Pengangkutan Jalan 1987
k. Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 [Akta 231]
l. Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520]
m. Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]
n. Akta Arkitek 1967 [Akta 117]
o. Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487]
p. BAB A (P.U. (A) 176/2005) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005
Sejarah sikit; pada 5 Mac 1976 sekali lagi nama Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan telah di ubah pula kepada nama baru iaitu Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan – Kemudahan Awam (Ministry of Works and Utilities) tetapi hanya tempoh 7 tahun sahaja.
Kedudukan Kementerian Kerja Raya di dalam Perlembagaan Persekutuan pula;
Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan;
Senarai 1 (Senarai Persekutuan) dalam Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuan - Butiran 10 : Perhubungan dan pengangkutan, termasuk: jalan, jambatan, feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagai Persekutuan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.
Senarai II (Senarai Negeri) Jadual ke-9,
(a) Kerja raya bagi maksud Negeri;
(b) Jalan, jambatan dan feri selain yang ada dalam Senarai Persekutuan, pengawalseliaan berat dan kelajuan kenderaan di atas jalan itu;
Baru kita masuk pasal akta;
AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959 (DISEMAK 1989) [AKTA 376] - Fungsi utama KKR antara lainnya adalah membina jalan Persekutuan. Sebelum sesuatu jalan/jambatan tersebut dijadikan sebagai jalan/jambatan Persekutuan, Menteri Kerja Raya hendaklah mengisytiharkannya di bawah Seksyen 3, Akta Jalan Persekutuan 1959 (selepas berunding dengan Kerajaan Negeri).
SEKSYEN 62 KANUN TANAH NEGARA 1965 - Selain daripada peruntukan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959, adalah juga penting bahawa tanah bagi sesuatu jalan itu diwartakan sebagai rizab jalan Persekutuan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965. Dengan pewartaan di bawah Kanun Tanah Negara ini, maka adalah menjadi bukti yang konklusif bahawa tanah yang diwartakan itu adalah rizab jalan Persekutuan.
AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1984 (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) [AKTA 306] - Bagi jalan Persekutuan yang mempunyai kutipan tol, Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306] memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kerja Raya untuk mengendali dan menguruskan jalan Persekutuan bertol.
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 [AKTA 333]
a) Kuasa berhubung dengan had laju
b) Kuasa untuk menghalang menggunakan kenderaan di jalan-jalan tertentu
c) Laluan Pejalan Kaki (berhubung dengan jalan Persekutuan)
d) Pemasangan Papan Tanda Trafik (berhubung dengan jalan Persekutuan)
e) Kuasa Menteri Kerja Raya untuk melarang apa-apa pertandingan atau perlumbaan yang dibuat di atas jalan Persekutuan
f) Kuasa untuk memasang tempat perlindungan, laluan bawah tanah dan titian
g) Kuasa untuk mengalihkan mana-mana struktur dari jalan Persekutuan
h) Kelulusan untuk pembinaan akses dan parit dan penyusunan pemasangan utiliti awam ke jalan-jalan yang ada.
i) Kelulusan untuk pembinaan struktur bagi iklan dan sebagainya
j) Kuasa untuk sekatan bagi kenderaan-kenderaan di atas jambatan
Apa kuasa Pengarah JKR Negeri & Jurutera Daerah pulak;
AKTA PERWAKILAN KUASA 1956 [AKTA 358]: PERWAKILAN KUASA DI BAWAH SEKSYEN 77, 84, 85 DAN 85A AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987
Seksyen | Negeri | Penurunan kuasa kepada |
77 - Kuasa mendirikan isyarat-isyarat lalulintas | - Perlis
- Lain2x Negeri Semenanjung
| - Pengarah Kerja Raya
- Jurutera Daerah
|
84 - Kuasa mengalihkan struktur daripada jalanjalan | - Perlis
- Lain2x Negeri Semenanjung
| - Pengarah Kerja Raya
- Jurutera Daerah
|
85 - Pembinaan akses dan parit dan penyusunan pemasangan utiliti awam ke jalan sedia ada | Semua Negeri di Semenanjung | Pengarah Kerja Raya |
85A - Pembinaan struktur-struktur iklan dan sebagainya | - Perlis
- Lain2x Negeri Semenanjung
| - Pengarah Kerja Raya
- Jurutera Daerah
|
Tiada akta yang diperuntukan kpd KKR untuk menubuhkan satu unit penguatkuasaan dan KKR berkongsi AKTA 333 dengan beberapa Kementerian yang lain. Maka koordinasi bersama dengan agensi penguatkuasaan di peringkat Negeri dan Daerah serta Persekutuan penting bagi membendung kegiatan pencerobohan rizab Jalan.