Pada pendapat saya ada beberapa kemungkinan kenapa ianya tidak digunakan secara meluas di JKR
- Kebanyakan pegawai tidak memahami tujuan sebenar pelaksanaan PMP. Oleh yg demikian, PMP yang dibuat hanya sekadar menenuhi syarat wajib buat tetapi tidak digunakan secara menyeluruh bg memantau dan mengawal pelaksanaan projek.
- Kebanyakan pegawai melihat bebanan penyediaan PMP itu amat menyusahkan dan terlalu bnyk sehingga tidak menyediakan PMP langsung.
- Ada sebilangan juga menyediakan PMP hanya bg tujuan mengikuti program CBAS sahaja. Sebaik berjaya mendapat QPP, RPM atau RPD, amalan PMP terhenti. (niat sebenar hanya utk mendapatkan sijil, bukannya mempelajari teknik dan meningkatkan ilmu dlm pengurusan projek agar dpt diaplikasikan sepenuhnya dlm mengendalikan projek). Sedihnya ada segelintir drpd yg berjaya dlm mendapatkan sijil melalui CBAS tidak mempromosikan kelebihan PMP dlm melaksanakan projek kepada pegawai bawahan mereka bahkan tidak menggalakan penggunaan PMP.
- Sesetengahnya tidak mahu menerima perubahan dlm teknik melaksanakan projek. Selagi perubahan tidak diterima, budaya kerja juga tidak akan berubah. Sebaik mana amalan itu, ia tetap dianggap menyusahkan dan dibiarkan sahaja.
- Sesetengahnya walaupun ingin berubah dan menerima amalan PMP, tetapi tidak diterima oleh pegawai atasan mereka. Mereka mula berputus asa dlm meneruskan amalan tersebut.
Adalah menjadi harapan, agar kita sebagai warga JKR sentiasa membetulkan niat dlm melaksanakan sesuatu, bukan kerana mengejar sijil semata-mata, tapi lebih untuk memperbaiki keadaan dan meningkatkan produktiviti dan mutu kerja demi masyarakat kita sendiri insyaAllah.