Tuan,
Bila bincang berkenaan Bridge Design, salah satu yang mesti diberi perhatian ialah keperluan horizontal clearance dan vertical clearance. Tak kira samaada ianya laluan atas sungai/laut atau laluan atas melintasi jalan/track keretapi atau juga valley.
Bridges ini ada banyak jenis;
1. Beam/Girder Bridge (Precast beam, box girder) - rentang maksimum adalah sehingga 150 meter
2. Truss Bridge - rentang maksimum tak silap saya up to 350 meter
3. Arch Bridge - rentang maksimum boleh sehingga 250 meter
4. Suspension Bridge - Rentang antara 600 meter sehingga 2KM
5. Cable Stayed Bridge - Rentang antara 150 meter sehingga 1KM
So, all bridge types mempunyai had-had rentang dan pemilihannya adalah bergantung kepada keperluan di lokasi yang hendak dibina.
Sebagai contoh, bagi nak bina bridge melintasi sungai selebar 200meter, dan keperluan kepada navigasi pada tengah-tengah sungai hanyalah 100 meter. Jadi dalam kes ini bridge yang sesuai ialah Beam Bridge kerana fungsinya dipatuhi dan more economic berbanding dengan type lain. Jika client kata hendakkan arch bridge atau cable stayed bridge kerana atas faktor aesthetic, so ianya juga boleh digunakan tetapi kosnya adalah tinggi berbanding dengan beam bridge. Dari segi structural performance/integrity ianya ianya adalah sama saja.
Saya ada buat perbandingan antara semua types based on cost per meter sq. Jika saya jumpa lapuran tu, saya bagi kepada tuan... tapi harganya ialah based on harag 12 tahun dulu. Apapun, kita boleh buat kepada perbandingan secara ratio harga.
Sekian dulu, terimakasih. Maaf jika tak jawapan tak mencapai hasrat yang diharapkan.