search
Log In
13 votes
189 views
Adakalanya jawatan yang ada dibiarkan kosong sekian lama tanpa disi sedangkan terdapat ramai calon yang layak untuk mengisi kekosongan berkenaan. Ini secara tidak langsung mengganggu kelancaran kerja-kerja di pejabat selain menyekat peluang kenaikan pangkat kakitangan JKR.

Janganlah kita terlalu melihat masalah berkaitan projek lewat dan kementerian pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti produk JKR shj dan memandang kecil masalah berhubung pengurusan sumber manusia. Dalam satu organisasi yang berteraskan kepakaran seperti JKR, aset yang memberikan impak yang paling besar adalah individu dalam organisasi berkenaan dan bukannya berapa banyak sistem, prosedur dan tools yang ada di dalamnya.

kalau salah tolong betulkan, terima kasih.
in Human Resource Management 7,470 points 12 38 62

1 Answer

5 votes
Berkemungkinan ia masih di dalam proses oleh BDSM bagi meletakkan pegawai yang bersesuaian dengan tugasan di pejabat yang mempunyai jawatan yang kosong tersebut. Pegawai BDSM juga perlu work hard untuk mempercepatkan proses tersebut. Penantian satu penyiksaan.
9,530 points 25 58 109
edited by
0
Mohon maaf.. sekadar komen, adakah pengisian jawatan yang kosong sengaja dibiarkan kosong atau terlepas pandang atau apakah yang dimaksudkan pegawai yang sesuai?dari segi kriteria kelayakan akademik?seniority?atau faktor-faktor lain yang menghalang kekosongan itu jawatan itu di isi. Saya berharap pihak yang mempunyai kuasa menyelesaikan masalah ini dapat menyelesaikan dengan berhemat dan pantas. Mohon agar diletakkan kepentingan itu atas nama jabatan dan negara.
0
Mohon maklumbalas CPK  terhadap komen di atas. (Atas semangat memajukan JCoP Cafe)
...