search
Log In
10 votes
84 views
in Project Management 1,170 points 5 10 17

5 Answers

4 votes
 
Best answer
Pengurusan risiko sebenarnya telah diamalkan semenjak dahulu lagi contohnya kita ada contigencies plan bagi melaksanakan sesuatu kerja tersebut.

Kita juga ambil kira faktor cuaca bila kita merancang projek. Kita menggunakan pemfaktoran untuk kawasan geografi projek.

Kita ambil kira risko semasa menentukan layout. Kita ambil kira pelbagai faktor dalam menjayakan projek.

kita mengambil persampelan kerja dan bahan,

...dsbnya

Cumanya kita tidak namakannya secara formal sebagai pengurusan risiko.
4,130 points 11 18 39
selected by
4 votes
Semua projek ada pengurusan risiko cuma kita tak sedar dan tidak dokumenkan
10,970 points 9 43 89
5 votes
Sebenarnya sedar atau tidak sedar pengurusan risiko telah dibuat semasa pelaksanaan projek. Apa yang berlaku terutama di peringkat pembinaan, penyelesaian isu dan masalah menjadi agenda utama perbincangan/ mesyuarat tapak yang terlalu memakan masa.

Pengurusan risiko memberi pendekatan baru untuk menangani isu ini sebelum ianya menjadi masalah di tapak .... jadi boleh menjimatkan masa dan tenaga pasukan projek. Perkara lain dapat diberikan fokus khususnya kualiti dan masa projek
9,200 points 17 35 86
3 votes
Paling mudah guna analogi pandu kereta, anggap pakai tali keledar adalah pengurusan risiko... kereta boleh dipandu dan boleh sampai ke destinasi tanpa gangguan. Tapi jika ada gangguan seperti polis trafik atau kemalangan, barulah rasai kepentingan menggunakan tali keledar... begitu jugalah pengurusan risiko... kalau tak buat memang boleh siap juga tapi take for granted....
5,370 points 3 17 24
3 votes
Kejayaan sesuatu projek bergantung kepada banyak faktor. Antaranya ialah pengurus projek yang kompeten dan kontraktor yang berprestasi tinggi. Pada asasnya, kedua-dua pihak hendaklah mengamalkan kesemua bidang pengetahuan (knowledge area) dengan berkesan untuk mencapai kejayaan. Projek yang berjaya pasti ada elemen pengurusan risiko, samada sedar atau tidak sedar. Samada dilaksanakan secara berstruktur atau tidak. Yang pasti, pengurusan risiko menyumbang kepada kejayaan sesuatu projek kerana ia mengelak atau mengurangkan berlakunya masalah melalui rawatan-rawatan risiko yang teratur dan berjadual. Yang perlu JKR amalkan adalah pengurusan risiko secara berstruktur supaya kurang kebergantungan kepada 'heroes'.
2,440 points 2 8 23
edited by
...