search
Log In
13 votes
114 views
  • semua komponen harus ada secara terperinci e.g piling, pile cap reinforcement, box girder reinforement, roof truss etc etc semuanya secara terperinci
  • memudahkan kerja supervision
  • member gambaran kpd klien akan end product

 

in Project Management 1,900 points 3 13 30

4 Answers

10 votes
Tuan Anwar,

Saya bersetuju dengan cadangan tuan untuk mempamerkan/menghasilkan objek 3D bagi projek di bawah JKR untuk kepusan PD/SO/Pelanggan/End User.

Disini kita sebenarnya tidak perlu melakukan kerja 2 kali kerana Teknologi Perisian Kejuruteraan dan Arkitek yang boleh melaksanakan model 3D ini telah ada di pasaran dan JKR pun telah memilikinya. Malah perisian-perisian ini telah mengatasi pada tahap 3D dan boleh pergi kepada tahap 5D (menyediakan Time & Cost).  Untuk Jalan JKR telah ada Autodesk Civil 3D, MX Road dan Open Road. Manakala untuk bangunan, JKR telah ada Autodesk REVIT (Untuk Arkitek, Engineers) dan QS JKR telah ada COST X manakala untuk energy JKR telah ada Perisian IES. Semua perisian ini amat tinggi capabilitynya.

Presentation boleh dilaksanakn secara langsung kepada pihak client dan kita boleh gunakannya untuk dijadikan dalam format Video. Banyak masa yang dapat dijimatkan dengan penggunaan Teknologi ini.

Apa yang penting disini adalah cara perekabentuk atau Cawangan Pakar melaksanakannya sahaja. YANG PENTING SEKARANG KITA CHANGE. JKR tidak boleh hanya bergantung kepada teknologi lama untuk survive dan untuk berhadapan dengan cabaran daripada pihak luar JKR perlu ambil peluang ini untuk menghadapinya dan seterusnya mencapai VISI yang ditetapkan.

Untuk maklumam Tuan, apa yang saya maksudkan di atas ialah JKR perlu melaksanakan BIM dalam perlaksanaan projeknya.

Sekian, terimakasih

Mohd Fairuz Muhamad
27,610 points 73 158 200
edited by
2 votes

Salam Hj,

 

Saya memang setuju sangat. Kalau kita lihat dalam industri kereta misalnya. Sebelum sesuatu model itu dikeluarkan atau dibuat secara mass production, ianya terlebih dahulu dibuat actual model dengan menggunakan kepakaran komputer. Thus dari situ bentuk, rupa, aerodynamic kereta dapat dinilai, dilihat secara real dan lebih dekat.

Untuk kejuruteraan, saya rasa yang akan manaafaat  dalam kes ini adalah pembinaan bangunan, contohnya masjid, bangunan sekoalah, bangunan bangunan lain seperti mahkamah, pejabat agama dsbnya.

From the model yang di zahirkan sebagaimana yang dibuat dalam industri kereta, client akan ada feel apa yang akan mereka perolehi, kemungkinan melakukan sedikit penambah baikan coz kadang kadang itu semua tidak dapat dilihat selagi bangunan itu tidak hampir siap sepenuhnya.

Sebagai contoh untuk pasang tingkap atau pintu, selagi tak naik bangunan column, beam, slab sebagainya, kita tak dapat nak visualize samada kedudukan pintu atau tingkap itu sesuai atau tidak. namun bila model dah naik then kita nampak kemungkinan posisi tingkap atau pintu mungkin perlu di ubah sikit to the left or right. Dan ini semua di lakukan tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kerana telah dapat di detect earlier. So no hacking of wall and all that jazz.


(اللهمّ يسر و لا تعسر)

cool

14,930 points 12 52 137
1 vote
Saya juga amat bersetuju dengan cadangan yang amat bernas dan tentunya akan menggembirakan pihak pelanggan yang telah diutarakan oleh Tuan Anwar ini. Sekiranya kita merasainya sebagai pelanggan dan pihak yang menggunakan premis itu kelak juga akan dapat melihat dan juga merasai sendiri produk yang akan dihasilkan dan tentunya amat berpuashati kerana ianya melebihi ekspektasi kita sendiri apa tah lagi kita dapat merasainya dengan yakin akan keselematan dan keselesaannya lebih awal lagi.
42,830 points 28 107 208
4 votes
Assalamualaikum...

Saya amat bersetuju sekiranya penggunaan teknologi perisian kejuruteraan sepertimana yang dicadangkan oleh Tn. Hj.Fairuz bagi mengembangkan lagi adaptasi Building Information Modelling (BIM) untuk keseluruhan Projek JKR. Melalui teknologi perisian ini juga, pihak client boleh melihat 3d keseluruhan gambaran projek serta kordinasi antara lukisan semua disiplin.. Hal ini dapat mengurangkan masalah rekabentuk yang selalu terjadi di tapak projek. Hasil bim ini juga memudahkan pengurusan aset jabatan di kemudian hari  terutama untuk penyelenggaraan dan naiktaraf sesuatu bangunan...

tq..
27,300 points 38 98 203
...