Definisi pakar adalah berbeza dari satu individu kepada satu individu yang lain. Ada yang mendifinisikan pakar mesrti ada kelulusan PhD dan telah membentangkan kertas kerja peringkat antarabangsa berulang kali (bilangan di JKR agak terhap jika kriteria ini diambil kira) manakala ada yang lain mendifinisikan pakar apabila seseorang telah berupaya melaksanakan tugasan dalam bidang tertentu dan boleh menjadi mentor/Assessor kepada pihak yang lain dan telah pun mempunyai certification (pensijilan) dalam bidang tersebut (bilangan ini ramai di JKR jika kriteria ini diambil kira).
Sebaiknya JKR perlu ada definisi yang TETAP dan di TERIMA PAKAI oleh SEMUA warga JKR TANPA MENGIIRA peringkat atasan, pertengahan mahupun bawahan kerana ia melibatkan pembangunan kerjaya kepada SEMUA WARGA JKR.
Ianya MENJADI NADI kepada samada program pensijilan (seperti Program Pensijilan Pengurus Projek yang telah dikendalikan oleh PROKOM atau pensijilan Jurutera Struktur yang sedang dikendalikan oleh CKASJ) mendapat sambutan dari warga JKR.